Laporan portal AMANAH Malaysia Dateline berkenaan komentar cerminan ‘inward’ politik Nik Abduh bersama petikan analisis balas yang kami di Malaysian Review kumpulkan. – Foto Free Malaysia Today

KOTA BARU 2 Okt, 2017 – Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz mendakwa semua pemimpin dan penyokong Amanah adalah dikalangan pemberontak desa dan kampung yang mendakwa diri mereka sebagai reformis atau ‘mujahid’ dalam masyarakat tetapi hakikatnya adalah jauh sekali.

“Mereka sebenarnya memberontak terhadap usaha reformasi dan islah yang sedang bergerak secara harmoni di kampung dan desa.

“Ia digerakkan oleh Pas dan sudah pun berlaku sejak sekian lama. Kerana sifat gopoh dan bersikap ‘profesor google’, mereka merasakan ia proses yang amat lambat.

“Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan barat. Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka. Mereka kekejangan melihat Pas yang ‘cool’ berhadapan ‘The Apocalypse’ ciptaan DAP itu.

“Mereka memberontak terhadap Pas dan seni dakwahnya,” ujarnya dalam tulisan di facebook hari ini.

Nik Abduh berkata, di Kelantan, sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera Pas.

“Mereka ini lancang sekali mulut mereka mengkritik dan mendakwa bagai…bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat).

“Sehari dua ni mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir. Entah dadah ‘flakka’ apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut.. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu… Uhh mengerikan.

“360 sendi-sendi ciptaan Allah dalam tubuh mereka telah membengkak diserang gout, lalu menjadi kaku dan tak boleh digerakkan dengan sempurna lagi. Kanak-kanak di kampung menamakan mereka ‘Zombi Kampung Pisang’. Menarik ditonton awalnya, tapi lama-lama membosankan.

“Saya lihat di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual ‘sumbu’ bagi menghadapi ‘The Last Days’ of Malaysia itu.

“DAP ‘The Saviour’ pula akan segera datang membawa cahaya baru bersinar-sinar buat Malaysia yang terhasil daripada percikan neon-neon malam pesta arak di seluruh negara,” ujarnya.

Nik Abduh berkata, sebahagian ahli Amanah datang dari Ikram dakwanya lagi, yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia. Hubung kait bekas ahli Pas dengan ahli Ikram ini adalah sama.

Beliau juga berkata antara Amanah dan Ikram pakar dalam ‘fiqh al waqi’ al Malizi’ dan seni ‘tanzil al nushus’ di Malaysia. Kedua-duanya mendakwa Pas gagal kerana tidak memahami aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar.

“Begitulah mereka (Amanah dan Ikram) seiya sekata sehati sejiwa. Selamat bertempurlah.. Van-van mayat DAP sedang menunggu tu.

“Antara matlamat besar PAN sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan Pas. Mereka menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Mahathir. Betul-betul mereka ini telah menjadi anak butir taik Tun Mahathir.

“Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. ‘Last-last’, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah,” ujarnya dalam nada keras.

Ulasan oleh penganalisis politik Shahbudin Husin di bawah:

Mereka yang selama ini mengundi Pas kerana inginkan pahala dan percaya perjuangan Islam Pas ialah untuk menentang kemungkaran, pasti berubah hati kerana keadaan parti itu kini umpama “pak haji kampung yang tiba-tiba sering minum-minum kopi dengan seseorang yang diketahui dan disebut ramai di kampung yang sama sebagai pencuri atau maling yang dikenali.”

Pencuri atau maling tentu saja dipandang sedikit mulia apabila dapat berdampingan dengan pak haji, tetapi pak haji yang kerap berdampingan dengan pencuri atau maling, malah tidak kisah dengan kecurian yang banyak dirungutkan oleh orang kampung, dengan sendirinya telah tercemar imejnya dan jika menjadi imam, barangkali ramai yang akan beralih ke masjid atau surau lain untuk bersembahyang.

Hanya yang kekal menjadi makmum kepada pak haji berkenaan ialah anak-beranak dan saudara-mara dekatnya saja, itu pun barangkali kerana mereka sekali dua turut dibelanja minum oleh orang yang diketahui sebagai pencuri atau maling yang dikenali tadi.

Di sebalik itu, meskipun Pas tetap kelihatan lebih besar berbanding Amanah, ia sebenarnya menjadi lebih kecil dari segi gabungan. – Baca lanjut klik SINI

Nota Ana Ghoib – Hasan bin Tsabit yang di dalam memori:

Beberapa mereka di dalam PAS inilah jenis orang seperti apa yang disebut di dalam Al Quran hanya mahu melawan musuh yang tidak berkekuatan. – atau – yang sering memalu gendang perang tetapi apabila datang perintah perang mereka enggan pergi jika pergi pun melangkah dengan bongkak walhal disisi mereka ada malaikat yang menuliskan.

Ketahuilah kalian menyembunyikan dalam hati bahawa kamu diuji dengan MO1 sudah kecundang berkata benar dan adil tetapi memberi dalih politik matang yang malang kemudian kalian tanpa segan silu mencanangkan HUDUD lagi negara berkebajikan.

Firman Allah: Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. – (Asy-Syu’araa’ 26:224-227)

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:109)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Ini satu peringatan yang akan kamu kenang dan ketahui akibatnya kelak…

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE