Najib Razak pada 17 September 2017 mengumumkan kemasukan semula Mat Taib ke dalam Umno dalam usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

SHAH ALAM 2 Okt, 2017: Kuasa politik di dalam negara harus sentiasa dipegang bangsa Melayu tanpa menafikan hak bangsa lain, ata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini, selang 2 minggu menyertai semula Umno.

Muhammad atau Mat Taib berkata, sekiranya bangsa Melayu hilang kuasa politik, masa depan mereka terutama di kawasan kampung tidak terbela.

“Bagi saya, kuasa politik mesti berada di tangan orang Melayu, tidak boleh ada pihak lain yang menguasai politik negara. Orang Melayu hanya ada satu harta pusaka iaitu kuasa politik.

“Orang Melayu belum lagi mampu untuk kuasai ekonomi,” katanya pada sidang media di rumahnya hari ini lapor portal FMT.

Sambil menyifatkan situasi politik Malaysia kini dalam keadaan “terdesak”, Mat Taib berkata ia bukan alasan untuk “bakar rumah ini”.

Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) 4 penggal yang memegang jawatan menteri besar Selangor selama 11 tahun itu sebelum ini keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013. Selepas 2 tahun, beliau menyertai PKR.

Mat Taib berkata orang Melayu jangan mudah mengamuk ketika memilih wadah perjuangan sehingga membunuh “angsa bertelur emas” iaitu Umno.

“Ia supaya anak cucu kita selamat, saya bukannya rasis. Apa lagi wadah politik yang dapat membantu orang Melayu selain Umno.

“Namun, dalam kita hidup berbilang agama dan bangsa, kita mesti benarkan bangsa India dan Cina yang terbaik untuk pegang jawatan tertinggi.

“Bangsa Cina boleh kuasai ekonomi, bangsa India boleh kuasai lapangan profesional. Namun wadah politik mesti dipegang Melayu, kuasa politik tidak boleh diberikan kepada pihak lain,” katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan kecapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya sebagai bukti dan warna sebenar bekas perdana menteri itu.

“Masa saya duduk sepentas bersama beliau, dia puji saya. Maknanya jika di sebelahnya semuanya malaikat, maka kalau menentangnya semuanya musuh. Namun saya tidak mahu menentangnya.

“Dia (Dr Mahathir) pernah lantik saya untuk menjadi menteri besar Selangor, tetapi hari ini saya tinggalkan Dr Mahathir, sebaliknya saya pilih untuk menjaga orang Melayu.

Risalah Ana Ghoib: Muhammad Taib – Mahu kemana kamu hendak menjaga Bangsa Melayu melalui Angsa Emas Intan Berlian Batu Permata Umno lalu menidakkan keadilan – kebenaran?

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:109)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Ini satu peringatan yang akan kamu kenang dan ketahui akibatnya kelak…

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: Penjenamaan Malaysia terkubur dengan berakhirnya F1

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: PKR saran SPRM pulangkan derma RM5 juta Najib

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share