Siti Aisyah dan Doan Thi Huong tertuduh kes bunuh Kim Jong Nam  di bawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini.- Foto BeritaHarian Singapura

SHAH ALAM 2 Okt, 2017 – Perbicaraan dua suspek wanita kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi tadi sambil dengan diiringi lima buah kenderaan polis yang lengkap bersenjata.

Sekitar mahkamah juga dikawal ketat dan hanya beberapa media sahaja dibenarkan masuk untuk mengikuti perbicaraan berkenaan.

Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin. Mahkamah akan merekodkan pengakuan daripada kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama hampir sebulan dan dijangka pada 10 hari pertama perbicaraan akan mendengar keterangan pakar.

Mereka dituduh terlibat dalam pembunuhan Jong Nam, adik pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tidak mengaku salah

Siti Aisyah dan Doan Thi Huong hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kematian Kim disusuli krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang menafikan tuduhan pembabitan regim Pyongyang.

Beberapa lelaki Korea Utara yang menemui 2 wanita itu, melarikan diri dari Malaysia pada hari sama Jong Nam dibunuh.

4 individu lain terlibat

Portal FMT melaporkan pendakwa raya dalam kes bunuh Kim Jong Nam berkata mereka akan membuktikan yang “latihan prank” (usikan) antara Siti Aisyah dan Doan Thu Huong, masing-masing warga Indonesia dan Vietnam, bersama 4 orang lain yang masih bebas di luar sana adalah motif utama pembunuhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Iskandar Ahmad dalam kenyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan memberitahu hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azmi Ariffin, yang “usikan” yang membunuh Kim di klia2 pada 13 Februari lalu diselia 4 orang lain.

“Ini menunjukkan persamaan dari segi niat antara wanita itu dan 4 orang individu itu,” katanya.

Menurutnya, Jong Nam berkelakuan normal sebelum disembur dengan agen saraf VX oleh 2 wanita itu.

Kenyataan pembukaan itu tidak menyebut identiti dan warganegara 4 individu itu.

Selepas disembur, Kim ke kaunter perkhidmatan pelanggan di klia2 untuk membuat aduan, sebelum dibawa ke klinik berhampiran, seterusnya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Iskandar berkata pendakwa akan membuktikan tuduhan ke atas Siti dan Doan menjangkaui keraguan yang munasabah.

KLIK BACA: Penjenamaan Malaysia terkubur dengan berakhirnya F1

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: PKR saran SPRM pulangkan derma RM5 juta Najib

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS



Tolong Komen & Share