Etnik Rohingya, Sultan Mehmood dan isterinya duduk di pondok penempatan sementera di kem pelarian Balukhali. – Foto AP

BALUKHALI – BANGLADESH 30 Sept, 2017 – Ketika sembilan anaknya melarikan diri ke Bangladesh dari keganasan dan penganiayaan di Myanmar, pasangan suami isteri Muslim Rohingya membuat keputusan sukar untuk terus tinggal di sana.

Pasangan itu enggan melarikan diri kerana tidak mahu meninggalkan tanah dan kedai runcit yang diusahakan mereka di kampung.

Keengganan Sultan Mehmood, 52, berpindah juga kerana didorong dengan keadaan fizikalnya yang kudung kaki dua tahun sebelum itu, ditembak seorang tentera Myanmar.

Keputusan mereka itu menyebabkan mereka terdedah dalam serangan tentera Myanmar.

Mehmood yang kini berada di Bangladesh berkata, isterinya pernah dirogol oleh tiga anggota askar manakala dia dipukul teruk ketika mereka menyerbu kampung mereka pada penghujung Ogos.

“Tentera melakukan perkara jahat terhadap isteri saya. Mereka melakukan perkara salah dengannya,” katanya mengeluh sambil dipehatikan isterinya Hassena Begum, 45, yang duduk bersebelahannya di dalam pondok di kem pelarian Balukhali di Bangladesh.

Menurut Mehmood, hampir seminggu kemudian, salah seorang anak lelakinya kembali semula ke Myanmar untuk membantunya menyeberangi sempadan ke Balukhali dimana seluruh ahli keluarganya menetap di salah satu penempatan pelarian yang sesak.

Hampir setengah juta muslim Rohingya dari Myanmar melarikan diri ke Bangladesh sejak sebulan lalu, menyertai ratusan ribu yang lain yang melarikan diri lebih awal dari kekejaman dan penganiayaan di negara majoriti Buddha.

Tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan setelah pemberontak Rohingya menyerang pasukan keselamatan dalam serangan 25 Ogos.

Pelarian mendakwa perusuh Buddha dan tentara Myanmar membakar seluruh kampung, menembak penduduk kampung dan memperkosa wanita, lapor AP.

KLIK BACA: Adik ipar anggota TLDM dakwa kesan lebam pada dada mangsa

KLIK BACA: Anggota TLDM meninggal dunia dalam tahanan tinggal pesan kepada isteri

KLIK BACA: 3 suspek kes bunuh 2 anggota TLDM direman

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab



Tolong Komen & Share