Guru jatuh lubang mendapan tanah di depan rumah. – Foto BHOnline

GEOGETOWN: Seorang guru terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah di halaman rumahnya di Lorong Tampin, Jalan Perak di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu ketika Muhammad Adnan Muhammad Nor, 39, bersama ibunya berbincang dengan kontraktor yang dilantik pemaju bagi projek pembinaan dua unit rumah tiga tingkat bersebelahan kediamannya.

Katanya, dinding rumahnya mengalami retakan, manakala tanah pula merekah sejak pembinaan dua unit rumah di kawasan bersebelahan pada 2013.

“Ketika kejadian, saya bersama ibu sedang mengadu kepada kontraktor bagi pemaju terbabit mengenai retakan di rumah saya.

“Projek pembinaan rumah sebelah memakan masa lama dan menyebabkan kami pula terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Katanya, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.

Portal berita BHOnline melaporkan kediaman dua tingkat Muhammad Adnan mengalami retakan di beberapa bahagian dinding, selain mendapan tanah akibat rekahan lama.

KLIK BACA: Adik ipar anggota TLDM dakwa kesan lebam pada dada mangsa

KLIK BACA: Anggota TLDM meninggal dunia dalam tahanan tinggal pesan kepada isteri

KLIK BACA: 3 suspek kes bunuh 2 anggota TLDM direman

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE