Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat (kiri) dan Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri disahkan meninggal dunia di bilik tahanan ketika menjalani latihan fizikal semalam. – Foto Kosmo! Online

IPOH 1 Okt, 2017 – “MAMA jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua (berhenti kerja),” itu luahan terakhir Allahyarham LK 1 PNK Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, kepada isterinya Noor Bazlin Mohammad.

Noor Bazlin, 28, berkata sebelum ini suaminya yang bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di bahagian Paskal mulai 2015 pernah menyatakan mahu berhenti kerja dan merancang untuk menjalankan perniagaan.

Jururawat di Klinik Kesihatan Dato’ Keramat di Kuala Lumpur itu berkata sebelum memasuki bilik tahanan suami menghubunginya dengan menggunakan telefon pengiring dengan memberitahu dia ditahan atas kesalahan lewat hadir ke tempat kerja buat kali kedua.

Menurutnya dia turut menerima panggilan daripada seorang pegawai TLDM pada malam Rabu yang mengatakan suaminya akan ditahan.

“Selepas mendapat tahu hal itu saya berasa risau dan tidak sampai tiga hari dia ditahan saya mendapat berita pemergiannya,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini.

Punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihak TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia empat ingga 10 bulan itu berkata dia mendapat berita tentang kematian suaminya pada 5.30 petang semalam daripada seorang pegawai TLDM yang menghubunginya.

“Saya reda atas kematiannya, namun saya tidak akan berdiam diri jika kejadian itu ada berlaku unsur jenayah,” katanya sambil menambah suaminya telah berkhidmat dalam TLDM selama sembilan tahun.

Noor Bazlin berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan kubur bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu. – Bernama

DIKEMASKINI: Keluarga anggota TLDM Nik Muhammad Baihaqy lantik peguam sebaik mengetahui arwah mati akibat dibunuh

KLIK BACA: Adik ipar anggota TLDM dakwa kesan lebam pada dada mangsa

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE