Datuk A Kadir Jasin mengemukakan enam soalan di blognya berkenaan isu semasa politik di dalam negara. – Foto Sinar Harian

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press [NSTP] yang kini menjadi pemimpin tertinggi BERSATU setelah keluar dari Umno.

6 soalan Datuk A Kadir Jasin: Manalah tahu ada orang tahu jawapannya?

1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya produk kosmetik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

Di akhir soalan di atas Datuk A Kadir Jasin menulis banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah renspons beliau kepada soalan yang mereka tujukan kepadanya.

KLIK BACASiapa pemimpin PAS yang terlibat perniagaan kosmetik dan rugi? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACA: Tiada sebab rakyat Malaysia miskin, kata Irwan Serigar Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE