IPOH 30 Sept, 2017 – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang mengibaratkannya ‘monyet’ dalam isu 1MDB sebagai melampau dan tidak beradab.

Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.

“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM di Ipoh hari ini.

Satu portal berita hari ini melaporkan, Lim membidas ketua pesuruhjaya SPRM itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan mereka dan melihat sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Lim dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi antirasuah kleptokratik pertama di dunia. – Bernama

KLIK BACA: Tamrin Tun Ghafar bidas KP SPRM angkuh biadap

Risalah Ana Ghoib: Imej atau patung monyet menutup mulut, mata dan telinga sinonim dengan lambang nasihat di Asia. Jika di dalam dunia Islam ia dianggap sindiran agar tidak membisu, memejam mata dan menutup telinga atas kemungkaran yang berlaku.

Belajar dari perlambangan haiwan sejak zaman Nabi Adam dan anaknya Habil-Qabil ditegur dengan burung gagak. – tidak ada yang aneh melainkan cuitan dosa di dalam hati naluri sendiri…kalau selesa maka terasalah DIA… – Ana Ghoib

Walladzi nafsi biyadihi – “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya” jadi jalan manakah yang kamu turut? Adakah kamu ada perjanjian dan Allah mengizinkan kamu mereka hukum sendiri?

Firman Allah: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” – (Yunus 10:59)

Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!” – (Fussilat 41:13)

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. (Fussilat 41:17)

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh… menangkap petir…

KLIK BACA: Tamrin Tun Ghafar pula bidas KP SPRM angkuh biadap

KLIK BACA: Semua mata rakyat perhati kamu KP SPRM – Kit Siang

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACARizal Mansor pembantu Rosmah sindir Rafizi hebat, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN terlebih, kata Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE