Lim Kit Siang membidas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dengan menyatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya itu dan sama ada beliau dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, orang ramai khususnya sedang menilai pendirian Dzulkifli mengenai skandal 1MDB.

“Dzulkifli harus menyedari bahawa jika dia bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia,” kata Lim dalam kenyataan hari ini lapor Malaysiakini.

Lim mengulas kenyataan KP SPRM tempohari yang mengatakan rakyat akan menghakimi komitmen serta kesungguhan pembangkang membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Malah Lim berkata, beliau telah meletakkan dirinya untuk dihakimi oleh rakyat ketika menyertai politik sejak 52 tahun lalu.

Siasatan SPRM berkait 1MDB antara lain berhubung isu derma sebanyak RM2.6 bilion serta dakwaan dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menutup kes tersebut dengan mengatakan wang itu berasal dari seorang kerabat diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan.

Lim dan pemimpin pembangkang lain bagaimanapun, menolak alasan itu dengan mengatakan Jabatan Keadilan (DOJ) AS mendakwa sumbangan itu sebenarnya daripada dana 1MDB yang disalahgunakan.

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACARizal Mansor pembantu Rosmah sindir Rafizi hebat, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN terlebih, kata Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share