Presiden AS Donald Trump, hari ini diumumkan akan berziarah ke Asia pada 3 hingga 15 November lapor Reuters. – Foto New York Magazine

KUALA LUMPUR 30 Sept, 2017 – Reuters melaporkam antara destinasi yang dituju Trump adalah Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi, Manila dan Hawaii namun Putrajaya tidak termasuk dalam jadual lawatan Trump tersebut meski baru kira-kira dua minggu Datuk Seri Najib Razak berdepan dengannya di Rumah Putih.

Sejak mengangkat sumpah sebagai presiden ke-45 AS pada minggu ketiga Januari lalu pelbagai pemimpin asing sudah menjejakkan kaki ke Rumah Putih.

Mereka termasuk ketua-ketua eksekutif Jepun, Korea Selatan dan Vietnam. Presiden China Xi Jinping pula bertemu Trump di pusat perangian Mar-a-lago di Florida pada Julai lalu.

Untuk kunjungan ke Filipina Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-31 yang berlangsung dari 10 hingga 14 November.

Najib berkunjung ke Washington ketika namanya menjadi sebutan pembangkang kerana skandal 1MDB dan pihak berkuasa AS mengambil tindakan undang-undang bagi merampas semula aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana syarikat pelaburan milik Malaysia itu.

Sesetengah pengkritik mendakwa Najib sengaja berkunjung ke AS untuk membuktikan beliau tidak terbabit dalam saman Jabatan Keadilan AS [DoJ] bagi mendapatkan semula aset berkenaan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menganggap lawatan itu memalukan rakyat Malaysia.

Semasa bercakap di depan Trump, Najib memberitahu bertujuan Malaysia meningkatkan pelaburan di AS sebagai langkah membantu mengukuhkan ekonomi negara berkenaan.

Mempertahankan kritikan Najib kemudian menjelaskan lawatan itu sebenarnya amat berjaya malah berkata, beliau tidak pergi ke AS untuk meminta sedekah atau melulut, tetapi bagi menunjukkan bahawa Malaysia telah sampai ke tahap global.

Najib kemudian menceritakan bagaimana Trump melayan beliau dengan baik dan menganggapnya seperti kawan.

Dalam kenyataan dikeluarkan Rumah Putih Trump akan menghadiri beberapa sidang kemuncak serantau serta membincangkan hal berkaitan perdagangan.

Turut tidak ketinggalan ialah perbincangan mengenai ancaman senjata nuklear Korea Utara.

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACARizal Mansor pembantu Rosmah sindir Rafizi hebat, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

DIKEMASKINI: DRB-Hicom umum Li Chunrong dari Geely China dilantik CEO Proton

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN dahulu, kata Shahbudin Husin

KLIK BACA: 1MDB didenda, Wan Azizah lapor polis ke atas Najib



Tolong Komen & Share