Petaling Jaya 26 Sept, 2017 – Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Adiknya, Danial Lokman berkata, Mahadzir sudah mula memberi reaksi pada malam Isnin, bagaikan harapan kepada keluarga untuk melihat beliau kembali pulih seperti sedia kala.

“Semalam (Isnin) sudah ada sedikit perubahan, dia sudah boleh menggerakkan tangan apabila disapa doktor.

“Anak saudara saya yang berada di sana turut menyaksikan Mahadzir mengalirkan air mata walaupun masih dalam keadaan koma,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Danial yang tidak berada di hospital pada waktu itu menjelaskan dia hanya mengetahui mengenai perkembangan positif Mahadzir dari group whatsApp ahli keluarga mereka.

Tambahnya, doktor akan menjalankan pemeriksaan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) ke atas abangnya yang lebih mesra disapa Dale itu pada pagi Selasa.

Selain membaca ayat al-Quran untuk Mahadzir, dia turut membisikkan kata-kata semangat supaya abangnya dapat segera sedar.

“Saya berbuat begitu sebab tahu dia boleh dengar sebenarnya.

“Saya berharap semua orang mendoakan agar abang saya kembali sembuh,” ujar adik kepada penerima anugerah Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 itu.

Danial turut memaklumkan bahawa satu majlis tahlil akan diadakan untuk Mahadzir pada malam Rabu, bagaimanapun ia diadakan dalam kalangan ahli keluarga serta rakan terdekat.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan Mahadzir dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Beliau dibawa ke hospital awal pagi Ahad setelah anggota keluarganya menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri. – mStar

KLIK BACA: Cikgu Kamarul bengang disindir sampah oleh Tun Mahathir?

KLIK BACA: Trump guna isyarat tali leher merah biru ketika jumpa pemimpin penting, tapi malangnya…

KLIK BACA: Rakyat Malaysia tak mudah ditipu apabila dipaksa bayar GST – Dr Mahathir

KLIK BACA: Malaysia aman sebelum ‘perompak’ muncul, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib pertahan GST, digelar bapa pembangunan India walau bukan dari Kerala

KLIK BACA: Jangan Monyetkan Malaysia – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: MAS beli atau pajak Boeing? Apakah CEO MAS bakal senasib Nor Yakcop?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE