oleh Kamarulazman Habibur Rahman

Siapa sebenarnya sampah?

Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai “sampah”.

Mungkin di Malaysia hanya Dr Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.

Sebaik berita itu tersebar di alam maya, saya telah dihubungi oleh beberapa bekas pejuang dan pemimpin BERSATU yang telah meninggalkan parti yang terkandas di stesen yang salah itu.

Sudah pasti mereka berasa terhina oleh kenyataan seorang yang dianggap negarawan itu.

Namun saya tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92 tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24 jam sehari.

Banyak kali saya mendapati bahawa Dr Mahathir sudah mula lupa. Sebagai contohnya beliau mendapati sukar untuk menyebut nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan perlu dibantu oleh mereka di sekelilingnya.

Dr Mahathir juga selalu lupa beberapa perkara penting yang dibincangkan mengenai parti. Kenyataan beliau sentiasa berubah dan ini amat menyusahkan. Beiau juga kini amat mudah dipengaruhi.

Apa yang saya perhatikan ialah ‘kekurangan’ Dr Mahathir ini sudahpun dihidu oleh beberapa pihak yang sedia untuk menyambar peluang ketika beliau tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.

Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam BERSATU itu sendiri.

Benarkah yang keluar itu sampah, atau yang tinggal itu sampah?

Atau adakah perjuangan itu adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar BERSATU ialah ntuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan dan ini banyak memecah belahkan bangsa.

Bukankah perjuangan BERSATU mempunyai muslihat meletakkan seorang ‘anak emas’ yang tidak mempunyai kebolehan di ‘takhta impian’ ketika matahari semakin hampir melabuhkan tirainya?

Atau adakah ‘anak emas’ itu sampah sebenar BERSATU? Ia hadiah daripada sang bapa yang menyedari bahawa anakanda tersayang tidak mempunyai kebolehan walau dihujani wang ringgit yang melimpah ruah ketika sang bapa berada di ‘singgahsana’ untuk sekian lama.

Ketika itu sang bapa sering mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana anaknya menjadi kaya raya. Namun sudah agak terlewat untuk bapanya bertanya dan mendapatkan jawapan kerana faktor usia dan kewarasan.

Atau adakah Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu sampah sebenarnya kerana mengizinkan diri mereka diperkudakan individu tertentu untuk mencapai nafsu mereka?

Di mana perginya suara panglima-panglima BERSATU yang sering memainkan lagu kononnya pemimpin Umno dicucuk hidung?

Mereka hanya berbangga dapat duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin negara yang kempunan dan tidak lebih daripada itu.

Atau adakah budak-budak di keliling presiden itu sampah sebenarnya kerana menjadi tukang atur dan tukang karut hingga menyebabkan parti ini condong menanti rebah untuk menghempap rumah rumah usang kampung Melayu?

Sedang bangunan parti yang dulu dianggap musuh tegar kini semakin berdiri gah dan benderanya berkibar paling tinggi kerana permusuhan sesama bangsa yang tiada penghujungnya?

Atau adakah presiden itu sampah sebenarnya kerana memegang jawatan tetapi tidak punya kuasa kerana takut dinyahkan oleh pemimpin senja?

Ternyata bekas pemimpin Melayu mudah lupa. *Kamarulazman Habibur Rahman ialah bekas Setiausaha Kerja BERSATU.

Nota Ana Ghoib: Salah silap kecil Tun Mahathir serba sedikit pelupa memang terkenal dengan kalimat yg sering disebutnya ‘apanama…apa nama?’

Kamaruazman [tiada manusia sempurna] nampaknya tidak dapat mempertimbangkan buruk baik yang mana lebih besar antara dua pemimpin.

Ulama pernah menyebut bahawa orang yang bijak adalah mereka yang kenal antara dua keburukan.

Kamarulazman juga berbakat menjadi calon PM dari BERSATU tetapi memilih tahapan mudah di Umno hanya sekadar hulubalang, pak pacak atau dayang sahaja?

Kamu tak sabar berdengki-dengkian atas satu matlamat – pura-pura tak tahu kenapa Pak Lah turun takhta?

Kamu pura-pura tak tahu padah kepimpinan yang menyebabkan ‘Jong pecah Yu Kenyang – Amerika dan China.’

Kamu dalam Umno akan tetap bercerita tentang rumah usang Melayu dan kamu sendiri akan layu beransur mati dilupakan elitis Umno yang megah lantaran kamu sendiri datang menyembah menghamba diri untuk sedikit nama, jamuan dan puji-pujian – peduli apa kebenaran dan keadilan serta kesesatan bangsa kemana mahu dibawa mereka!

Kamu melayu lihat pembesar politik berkuasa ini besar di mata kamu –  tetapi aku melihat mereka kecil cuma nampak gah besar disebabkan memakai selendang sombong.

Kamu tahu kesudahan orang sombong dan siapa yang BERHAK akan kesombongan dan kebesaran itu?

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAKerajaan jual Proton kerana dendam kesumat, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: Tiada sebab rakyat Malaysia miskin, kata Irwan Serigar Ketua Setiausaha Perbendaharaan

KLIK BACA: Najib pertahan GST, digelar bapa pembangunan India walau bukan dari Kerala

KLIK BACA: Jangan Monyetkan Malaysia – Datuk A Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE