Selepas kontroversi pesta arak, sebuah acara gay dikatakan akan diadakan di negara ini pada 30 September depan di Kuala Lumpur.

Malaysiakini melaporkan Ismaweb, laman rasmi NGO Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , yang pertama kali mendedahkan acara itu berkata mereka difahamkan penganjur menjemput golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dari seluruh negara.

Menurut poster rasmi acara di media sosial, ia dianjurkan sebagai “pemanas badan” menjelang White Party Bangkok selama tiga hari bermula 28 Disember, di Bangkok.

Poster acara juga memuat naik gambar dua lelaki seksi berdakapan. Seorang daripadanya menarik sedikit seluar dalamnya.

Maklumat lanjut tidak dapat diperoleh di laman White Party Bangkok kerana pautan diberikan tidak dapat dibuka pada masa ini.

White Party Bangkok mendakwa acaranya sebagai festival gay tahunan terbesar di Asia, yang berlangsung di ibu negara Thailand menjelang tahun baru.

Ia dihadiri ribuan lelaki yang kebanyakan mereka berpakaian seksi, tidak berbaju dan berseluar dalam sahaja.

Maklumat lanjut tidak ditemui di laman web dan Facebook penganjur di Malaysia.

Pemilik premis yang dikaitkan tempat acara itu akan berlangsung menafikan acara tersebut akan berlangsung.

Di Facebook White Party Bangkok, umat Islam negara ini mula menunjukkan rasa tidak senang mereka berkaitan penganjuran acara itu.

KLIK BACA: Tak usahlah bohong, sebenarnya layanan AS lawatan Najib terburuk – Tun Mahathir

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE