Korea Utara membidas ucapan amaran Trump  kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Foto New York Magazine

Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho menyifatkan ucapan Presiden AS Donald Trump kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Amerika Syarikat mungkin terpaksa memusnahkan Korea Utara sepenuhnya, umpama “anjing menyalak bukit’.

“Terdapat kata-kata ‘walaupun anjing menyalak, perarakan berterusan,'” kata Ri kepada pemberita di hadapan sebuah hotel dekat ibu pejabat PBB di New York.

“Jika (Trump) rasa mahu mengejutkan kita dengan bunyi anjing menyalak, ternyata dia sedang bermimpi.”

Ditanya reaksinya terhadap tindakan Trump menggelar pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebagai “Roket man”, Ri secara berseloroh berkata: “Saya kasihan dengan pembantunya.”

Ri dijangka menyampaikan ucapan di PBB pada hari Jumaat.

Komennya itu adalah reaksi rasmi pertama dari Korea Utara selepas Trump mengeluarkan amaran tegasnya itu kepada Pyongyang dalam ucapannya kepada PBB, mendesak negara anggota untuk bekerjasama untuk mengasingkan rejim Kim sehingga ia menghentikan sikapnya yang bermusuhan.

Sekiranya Korea Utara mengancam Amerika Syarikat atau sekutunya, Trump berkata: “Kami tidak akan mempunyai pilihan selain memusnahkan Korea Utara sepenuhnya.”

“Rocket man itu adalah dalam misi bunuh diri untuk dirinya dan rejimnya,” tambahnya.

Pejabat presiden Korea Selatan kemudian mengatakan bahawa amaran Trump terhadap Korea Utara adalah “tegas dan khusus.” – Reuters

KLIK BACA: Tak usahlah bohong, sebenarnya layanan AS lawatan Najib terburuk – Tun Mahathir

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE