Malaysia Airlines Bhd (MAS) tidak akan membiaya dan memiliki 16 kapal terbang yang dibeli daripada syarikat penerbangan AS Boeing, menurut satu laporan.

Portal berita The Malaysian Reserve memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Peter Bellew yang berkata syarikat pemajak antarabangsa yang akan membeli kapal terbang itu dan memajaknya kepada MAS.

“Kapal terbang ini tidak akan dimiliki oleh Malaysia Airlines, namun akan dipajak, yang merupakan lumrah dalam industri penerbangan moden,” Bellew dilapor berkata dalam sebuah memo dalaman bertarikh 15 September yang dilihat The Malaysian Reserve.

Dalam memo yang dikatakan panjang dan terperinci yang diberikan kepada 14,000 kakitangan itu, Bellew dilapor berkata pembelian terbaru itu kebetulan dengan berakhirnya perjanjian pajakan lain MAS.

Menurut laporan sama, MAS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) minggu lalu untuk pembelian 16 kapal terbang daripada Boeing.

Urusniaga itu termasuk lapan kapal terbang model 787-9 Dreamliner yang ditukar daripada pesanan asal. Pesanan sebelumnya adalah lapan model Boeing 737 MAX dan lapan 737 MAX 8s.

“Saya ingin mengulang bahawa ketika ini, kami sudah muktamadkan pesanan 25 kapal terbang Boeing 737, sementara yang lain-lain sebagai pilihan,” kata Bellew.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak ketika kunjungannya ke AS baru-baru ini memberitahu Presiden Donald Trump bahawa MAS akan membeli 25 kapal terbang model Boeing 737 dan lapan model 787 Dreamliner, selain tambahan 25 lagi model 737 dalam masa akan datang.

Keseluruhan urusniaga itu dilaporkan berjumlah lebih AS10 bilion untuk lima tahun.

Najib dikritik kerana kenyataan beliau tentang membantu mengukuhkan ekonomi AS.

KLIK BACA: Tak usahlah bohong, sebenarnya layanan AS lawatan Najib terburuk – Tun Mahathir

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE