7 remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah – Foto myNewsHub

BAPA angkat salah seorang daripada tujuh suspek kes pembunuhan kejam yang meragut 21 nyawa pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bercerita tentang insiden berkenaan.

Sungguhpun kesal dengan nasib yang menimpanya selaku penjaga kepada remaja berusia 15 tahun itu, Amran, 64, bagaimanapun mengakui masih sayangkan anak yang dipeliharanya itu. – mStar

PUTRAJAYA 20 Sept, 2017 : Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nasib tujuh remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hanya akan diketahui selepas semua proses siasatan kes itu selesai.

“Ia bergantung. Kita masih bergantung kepada laporan daripada pihak berkaitan seperti Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan beberapa laporan lagi sedang dilengkapkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perdana Putra pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada ketujuh-tujuh suspek berusia 12 hingga 18 tahun itu akan didakwa selepas tempoh tahanan reman terhadap mereka tamat Jumaat ini.

Ditanya sama ada ibu bapa suspek  akan turut didakwa sebagai pengajaran kepada ibu bapa lain kerana mengabaikan anak-anak mereka sehingga melakukan kesalahan, beliau enggan mengulasnya.

“Ia bergantung kepada cadangan kita nanti. Kita perlu berbincang dengan Peguam Negara dan pegawai saya sedang menyiapkan siasatan,” kata Mohamad Fuzi.

Tambahnya pihak polis perlu melihat semua aspek dan keutamaan kini diberikan kepada proses melengkapkan siasatan kes.

Semua suspek dari sekitar Datuk Keramat itu direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – Bernama

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑