Persatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengulas tindakan Malaysia Airlines mahu membeli pesawat baru di AS. – Foto FMT

Kuala Lumpur – Badan kakitangan industri penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), bimbang rancangan Malaysia Airlines untuk membeli pesawat penumpang tambahan akan membawa kepada lebih banyak masalah kewangan kerana syarikat itu mungkin tidak mampu bertahan dengan perbelanjaan overhednya.

“Membeli pesawat baharu tidak menjamin syarikat penerbangan itu akan berjaya jika perbelanjaan overheadnya dilihat tidak terurus,” kata Setiausaha Agung Mohd Akram dalam kenyataan hari ini lapor FMT.

“Lebih banyak pesawat bermakna laluan baharu dan lebih banyak pekerja…Kita seperti kembali ke masa apabila MAS didakwa terlebih pekerja. Syarikat penerbangan itu terpaksa membuang 6,000 pekerja 2 tahun lalu.

“Tidak sampai 3 tahun selepas pengurangan tenaga kerja dilakukan dan kini mereka berbelanja lebih untuk membeli lebih banyak pesawat,” katanya sambil menambah, ribuan pekerja derita akibat masalah kewangan dan dakwaan salah urus syarikat itu.

Pekerja Malaysia Airlines mengadu tentang kekurangan tenaga manusia walaupun terdapat kenaikan gaji dan elaun dalam 3 tahun kebelakangan ini, tetapi syarikat penerbangan itu pula sibuk “membeli-belah” pesawat baharu, katanya

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu kakitangan syarikat itu sendiri, bukannya mendapatkan satu sisi cerita sahaja.

“Kerajaan perlu mendengar masalah pekerja juga, bukannya melakukan apa yang dirasakan betul dengan tergesa-gesa,” katanya.

Beliau juga mempersoal jika Malaysia Airlines sudah menjana keuntungan selepas kerajaan menyuntik RM6 bilion ke syarikat itu.

Najib pada 12 September memberitahu Trump, MAS akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners dan mungkin akan membeli 25 lagi pesawat 737 pada masa depan.

Tawaran itu katanya bernilai lebih AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam 5 tahun.

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

KLIK BACA: Nor Yakcop letak jawatan Khazanah, Najib ucap terimakasih atas sumbangan… 

KLIK BACA: Najib terlepas peluang jelaskan siapa sebenarnya MO1 di Amerika