Serangan udara yang diketuai Arab Saudi di Yaman pada Jun lepas boleh dianggap jenayah perang kerana kerana mencabul hak kanak-kanak dalam perang. – Gambar AFP, 12 September, 2017.

Siri serangan udara oleh ketumbukan diketuai Arab Saudi yang membunuh 26 kanak-kanak di Yaman pada Jun lepas boleh dianggap jenayah perang, kata badan hak asasi manusia antarabangsa.

Human Rights Watch sehubungan itu menggesa Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) yang sedang bersidang sekarang supaya mencela pakatan ketenteraan Arab itu kerana mencabul hak kanak-kanak dalam perang.

“Serangan itu yang mengenai kediaman empat buah keluarga dan sebuah kedai runcit, dalam satu kejadian membunuh 14 sekeluarga, mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam secara sembarangan dan bertentangan dengan undang-undang perang.

“Serangan seperti itu yang dilakukan dengan sengaja dan cuai adalah jenayah perang,” kata HRW yang berpejabat di New York, seperti dipetik oleh AFP.

UNHRC setahun yang lalu menyenarai hitam pakatan ketenteraan Arab itu atas pencabulan hak asasi manusia di Yaman, tetapi kemudian mengeluarkan pakatan itu daripada senarai hitam tersebut.

Setiausaha Agung PBB ketika itu, Ban Ki-moon mengaku pada masa itu keputusan tersebut dibuat ekoran ancaman Arab Saudi dan sekutunya mahu memotong bantuan dana kepada program kemanusiaan PBB.

Arab Saudi menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia setelah diundi semula menganggotai badan 47 anggota itu Oktober lepas, biarpun dikecam hebat oleh badan pembela hak asasi manusia antarabangsa. – TMI

KLIK BACA: Apakah Malaysia bersubahat serang Yaman? – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Rafizi dakwa Najib menginap di hotel milik keluarga Trump

KLIK BACABN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Tolong Komen & Share