Jurucakap kementerian luar negara China, Geng Shuang berharap masyarakat antarabangsa menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya. – Gambar EPA, 12 September, 2017.

⁠⁠⁠KETIKA dunia mengecam kekejaman yang berlaku kepada etnik Rohingya, China bersikap sebaliknya dengan menyatakan sokongan kepada usaha kerajaan Myanmar “menegakkan keamanan dan kestabilan” di negeri Rakhine.

Jurucakap kementerian luar negaranya Geng Shuang mengeluarkan kenyataan itu ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk mengadakan mesyuarat tergempar mengenai krisis itu pada Rabu, sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP.

“Kami mengutuk serangan ganas yang berlaku di negeri Rakhine di Myanmar,” kata Geng dalam satu taklimat sebagaimana dilaporkan AFP.

“Kami menyokong usaha Myanmar dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di negeri Rakhine. Kami berharap agar keadaan dan kehidupan normal di situ akan pulih secepat mungkin,” katanya.

“Kami fikir masyarakat antarabangsa harus menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya.”

Militan Rohingya menyerang pos polis pada akhir Ogos, mencetus tindak balas ketenteraan yang menyebabkan lebih 300,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Diplomat PBB mengatakan China yang merupakan satu daripada rakan perdagangan utama Myanmar, menentang penglibatan majlis tertinggi PBB dalam menangani krisis.

Tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Myanmar semakin meningkat dengan ketua hak asasi PBB Zeid Ra’ad Al Hussein mengatakan keganasan itu seolah-olah menjadi “contoh buku teks pembersihan etnik”.

Malaysia juga tidak ketinggalan menyatakan kecaman kepada krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine dengan menghantar bantuan.

Perdana Menteri Najib Razak dijangka turut membincangkan isu Rohingya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa pertemuannya di White House.

Ia dianggap peluang terbaik untuk Malaysia membangkitkan penderitaan pelarian Rohingya kepada negara kuasa besar itu.

Malaysia memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh, negara jiran Myanmar. – TMI

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel mewah Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Tolong Komen & Share