Tuan Ibrahim sama seperti Tuannya Hadi Awang mengguna hujah mengungkit perkara silam era Dr Mahathir bukan memikirkan keutamaan bagi negara. Foto FMT

KUALA LUMPUR 12 Sept, 2017  – PAS mengutus surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab kritikan bekas perdana menteri itu semalam yang menuduh parti itu memudahkan kemenangan untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS sudah lama menentang Umno dan merasakan segala halangan terhadap pembangkang sepanjang pemerintahan Dr Mahathir.

“Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang,” kata Tuan Ibrahim dalam surat yang menyenaraikan pelbagai tindakan bekas presiden Umno itu mengekang kebebasan pembangkang lapor portal FMT.

Menurutnya, kesedaran politik yang dialami Dr Mahathir mengenai Umno sepatutnya berlaku 20 tahun lalu.

“Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun?” katanya.

Semalam, Dr Mahathir menuduh PAS membantu Barisan Nasional (BN) kerana enggan menyertai PH dalam usaha mengelak pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

“Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak hanya berpuas hati dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sahaja.

“Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini.” katanya.

Risalah Ana Ghoib: Astaghfirullah –  Tuan Ibrahim seperti anak-anak mindanya berjudi kisah silam dengan teori kalau aku jahat kau lagi jahat! 2×5 atau ayam dengan telor mana dahulu sampai kesudah masalah negara yang genting tak akan selesai.

Untuk rekod komen pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM seorang darinya menulis menyindir TITM, baru menjadi penasihat kerajaan sudah bongkak!

Kepada TITM mungkin selepas BN menang lagi PRU barulah dia akan tahu kenapa aku tak sedar lebih awal [umpama Mahathir yang degil memilih Najib sejak skandal Scorpene] setelah PAS sekali lagi dipermainkan isu 1MDB, royalti, bajet mangsa banjir, hudud dan RUU355.

Adakah TITM ulama ini mahu menunggu rakyat pula memulangkan paku buah keras ke mukanya dan TGHA?

Ulama begini mahu melaksanakan hudud sebat potong tangan orang Islam rakyat bawahan tetapi bila diuji Allah dengan kejahatan di depan mata tetapi dia memilih kasih pula.

Allah bukan tidak tahu maksud berlapik kata Hadi dan Tuan Ibrahim bahawa PAS tidak berpuas hati dengan menjatuhkan MO1.

Kepada penulis ia umpama hujah licik politik PAS membela orang disyaki khianat yang mengelak dihakimi dengan adil langsung menggunakan taktik penggunaan ayat-ayat Islamik arab atau wang ditabur sekalipun bagi melepaskan diri.

Kepada Tun Mahathir, TITM dan Hadi orang tua ku ini setidak-tidaknya Anwar berani berdepan pengadilan tidak lari – maka itulah yang kalian harus fikirkan – bukan menjadi mangsa tipu helah kawan kamu yang tersenyum melihat kalian berlaga sesama sendiri dan membayar cukai GST bagi melunaskan hutangnya.

Fasik hukumnya terutama kepada ulama yang menyembunyikan kebenaran!

Dari Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan bercakap kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu: Orang tua yang berbuat zina, raja (penguasa) yang pendusta, dan orang miskin yang takabur. [sombong]. – [Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Murdawaih]

Thoha Putrajaya – Ketahuilah barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu. maka alangkah sabar beraninya mereka dan kamu masuk menentang api neraka…sabar pula mereka di dunia dipatuk ular dua kali dari lubang sama!

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu. – (Al-Baqarah 2:175)

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Nasihat Ras Arab | Kepada kita mudah, mereka yang zalim kita nasihati manakala yang aniaya kita perangi…sebelum sampai azab yang tertentu bagi Allah melaksanakannya.

KLIK BACA: Tuan Ibrahim Dalang Hadi Awang, kata ZAM 

KLIK BACA: Najib jumpa Trump – Adakah kita menyerah kepada Amerika pula setelah dengan China banyak diserah?

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE