Pentadbiran Amerika Syarikat hari ini mengelak daripada menjawab sama ada isu siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melibatkan 1MDB akan disentuh oleh Presiden Donald Trump ketika bertemu Datuk Seri Najib Razak di White House hari ini.

Ini kerana, kata jurucakap White House Sarah Sanders, siasatan DoJ masih berjalan.

“Kami tidak akan mengulas berkenaan siasatan yang masih dijalankan Jabatan Kehakiman, dan siasatan itu tidak bersifat politik dan sudah tentu tiada kaitan dengan apa-apa yang akan berlaku esok,” katanya menjawab soalan wartawan di White House, lapor FMT.

Najib tiba di AS semalam dan dijangka berkunjung ke White House hari ini bertemu Trump.

Pertemuan itu berlaku di sebalik tindakan DoJ berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.

DoJ yang kini menjalankan siasatan jenayah melibatkan 1MDB, sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Ia mendakwa daripada 2009 sehingga 2015, berbilion dolar kepunyaan 1MDB dilencongkan pegawai tinggi tabung itu dan rakan mereka, dan antara yang dinamakan adalah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, anak tiri Najib, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi lain.

Najib tidak dinamakan dalam siasatan itu walaupun DoJ kerap menyebut “Malaysian Official 1” (MO1) beberapa kali.

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

KLIK BACA: Tuan Ibrahim Dalang Hadi Awang, kata ZAM 

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Najib menang PRU14 terus jadi PM, apa kata Tun Mahathir

Tolong Komen & Share