Annuar mendakwa pembangkang menggunakan Dr Mahathir menjatuhkan Umno serta mengaku beliau orang pertama mencadangkan Dr Mahathir menyerah kepimpinan kepada Pak Lah. – Foto BHOnline

KUALA LUMPUR 11 Sept, 2017 – Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan DAP, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Annuar Musa berkata, ia jelas dengan tindakan parti pembangkang itu yang menggunakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai strategi menjatuhkan Umno pada PRU nanti.

“Dr Mahathir bukannya setuju dengan Lim Kit Siang (pemimpin DAP), beliau ada agenda masalah peribadi dengan Najib Razak.

“Anwar Ibrahim juga tidak menerima Kit Siang. Dan Kit Siang juga tidak boleh gunakan Mat Sabu (Pengerusi Amanah Mohamad Sabu). Hendak kata cerdik pandai tidak juga, tetapi asalkan (Kit Siang) boleh digunakan, asalkan PAS berpecah,” katanya ketika berucap di hadapan 600 hadirin pada lokasi pertama sesi dialog “Perjuangan For All” di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

Mengimbas semula pada era pentadbiran Dr Mahathir, ahli Parlimen Ketereh itu pernah memberitahu Dr Mahathir supaya meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Abdullah Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.

“Bila dah sampai 23 tahun tak nak berhenti-henti, sayalah orang pertama di bulan Ramadan, di Sri Perdana, dalam mesyuarat tertutup depan menteri, sayalah orang pertama cakap bersemuka dengan Dr Mahathir, ‘It’s time for you to step aside, let Pak Lah take over’, katanya lapor The Malaysian Insight.

Nota Ana Ghoib: Baguslah jika benar dakwaan Annuar maka Dr Mahathir benar-benar bersara dan ‘KAROMAH’ kata-kata Annuar itu juga bagus digunakan terhadap Najib bossnya.

Kalau boleh awal Muharram ini cakap dengan dia suruh puasa dan cukup-cukuplah makan tu… tapi jangan lupa kamu berdua kena istighfar mengucap banyak-banyak sebelum nasihat…

Risalah Ana Ghoib: Dari Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan bercakap kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu: Orang tua yang berbuat zina, raja (penguasa) yang pendusta, dan orang miskin yang takabur. [sombong]. – [Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Murdawaih]

Thoha Putrajaya – Ketahuilah barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu. maka alangkah sabar beraninya mereka dan kamu masuk menentang api neraka…

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Nasihat Ras Arab | Kepada kita mudah, mereka yang zalim kita nasihati manakala yang aniaya kita perangi…sebelum sampai azab yang tertentu bagi Allah melaksanakannya.

KLIK BACABN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Najib jumpa Trump – Adakah kita menyerah kepada Amerika pula setelah dengan China banyak diserah?

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Najib menang PRU14 terus jadi PM, apa kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE