Najib kecam pembangkang memburukkan Malaysia di media Amerika. – Foto Ana Ghoib

PUTRAJAYA 10 Sept, 2017 – Menjelang lawatan ke Amerika Syarikat, Perdana Menteri Najib Razak mengecam pembangkang yang didakwanya sebagai cuba memburukkan nama negara di media Amerika dengan “tuduhan liar” bahawa negara sedang menuju ke negara diktator.

Dalam blognya hari ini, Najib menjawab tuduhan itu dan mengatakan pembangkang yang tidak menghormati tradisi demokrasi di negara ini, dan demokrasi serta kebebasan bersuara masih lagi kekal walaupun pengkritik adalah bekas pentadbir negara yang kini pemimpin pembangkang, merujuk kepada bekas perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya katanya, demokrasi telah berkembang di bawah pentadbiran kini yang mana memiliki “keberanian politik yang besar” untuk “melakukan apa yang betul” dengan membuang “undang-undang yang ketinggalan zaman dan menindas”.

Najib berkata pembangkang bagaimanapun cuba membuat kenyataan pada media Amerika bahawa pengkritik kerajaan “secara rutinnya dipenjarakan”.

“Mereka dan sekutu mereka telah berusaha untuk mencemar nama negara pada media Amerika, membuat beberapa tuduhan liar, kemuncaknya membuat tuduhan palsu Malaysia dalam bahaya dan menuju ke arah negara diktator.

Namun, kebebasan pembangkang untuk sangat terbuka dan bersungguh-sungguh mengkritik kerajaan adalah bukti kebebasan bersuara di Malaysia, kata Najib.

Tetapi dengan secara palsu mencerca demokrasi Malaysia yang vibran dan menyebarkan fitnah dan kepalsuan mengenai kerajaan ini dalam akhbar luar negara semata-mata untuk faedah politik adalah satu hal yang lain,” tulis Najib.

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

KLIK BACA: Tuan Ibrahim Dalang Hadi Awang, kata ZAM 

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

Tolong Komen & Share