Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat [meninggal dunia]. – Foto ihsan FMT

ALOR SETAR 11 Sept, 2017 – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini lapor portal Utusan Online.

Ahmad Bashah Md Hanipah, dijadual akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5 petang hari ini untuk membuat pengumuman rasmi.

Biodata: Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (28 November 1927 – 11 September 2017) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 – 11 September 2017) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 – 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). – Wikipedia

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE