Ahmad Said bersama Najib Razak bekas ketua yang melantik dan menukarnya dari menjadi MB Terengganu.  – Foto FMT

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan Umno.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap Umno meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan Umno Bahagian Kemaman hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.

“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli Umno,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. – Bernama

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: Kerajaan menunggu PAS perdaya penyokong, politik matang sejahtera hanya untuk UMNO, BN dan Najib saja

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Singkir Najib saja tidak akan selesaikan masalah negara, kata Muhyiddin

KLIK BACATrump batalkan saja pertemuan dengan Najib, gesa WSJ