Wan Azizah menggesa kerajaan Najib menerbitkan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Developtment Berhad (1MDB). – Foto FMT

PETALING JAYA 9 Sept, 2017 – Kerajaan digesa menerbitkan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Developtment Berhad (1MDB) sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Amerika Syarikat, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan media.

Presiden Umno itu dilaporkan akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadulakan pada 12 September ini.

Pakatan Harapan ujarnya, meragui pertemuan itu berlaku ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.

Ini kerana DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang pertama kali melaporkan rancangan Najib bertemu Trump, berkata perdana menteri berhasrat membina persahabatan dengan Trump ketika pihak berkuasa AS giat menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Malaysia.

WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

Wan Azizah dalam kenyataan tersebut berkata, menerusi laporan media itu kini pelbagai spekulasi berlegar di fikiran rakyat Malaysia tentang mengapa pertemuan ini dibuat sekarang.

“Mengapa pertemuan itu dibuat sekarang, termasuk apakah ia merupakan satu usaha untuk menutup siasatan kes DoJ Amerika Syarikat ke atas penyelewengan wang rakyat dari 1MDB, yang didakwa dibuat oleh beberapa individu yang rapat dengan “Malaysian Official 1” (MO1).

“Oleh itu, sekiranya tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan, kerajaan Umno-BN perlu menerbitkan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB sebelum perdana menteri Amerika Syarikat.

“Jika laporan tersebut tidak diterbitkan, pertemuan Dauk Sri Najib dengan Presiden Trump mungkin akan dilihat sebagai satu usaha ‘membersihkan’ nama MO1 di dalam siasatan DoJ terhadap 1MDB.” ujarnya.

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: Kerajaan menunggu PAS perdaya penyokong, politik matang sejahtera hanya untuk UMNO, BN dan Najib saja

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Singkir Najib saja tidak akan selesaikan masalah negara, kata Muhyiddin

KLIK BACATrump batalkan saja pertemuan dengan Najib, gesa WSJ

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE