The Wall Street Journal menggesa Presiden Donald Trump membatalkan kunjungan Perdana Menteri Najib Razak ke White House atas kebimbangan bersabit skandal 1MDB. – Foto New York Magazine

Akhbar utama Amerika Syarikat, The Wall Street Journal berkata lawatan ke White House adalah jemputan yang baik, yang diidam-idamkan oleh pemimpin dunia, dan Najib mahu menggunakan kunjungan itu untuk kempen pilihan raya di Malaysia.

“Sebarang kejanggalan adalah lebih baik daripada memberikan pemimpin yang terpalit skandal peluang untuk bergambar di White House,” kata lidah pengarang akhbar itu, dalam gesaannya supaya lawatan itu dibatalkan.

Akhbar itu turut mempersoalkan kebijaksanaan Setiausaha Negara Rex Tillerson yang melawat Malaysia bulan lepas yang mahu terus menjalinkan hubungan dengan Najib walaupun perdana menteri itu kini menjadi sasaran siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

DoJ sudah melancarkan siasatan jenayah ke atas dana yang didakwa merompak wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kini mahu menangguhkan saman sivil yang difailkan sejak dua tahun lepas bagi merampas aset hartanah dan lain-lain bernilai lebih daripada AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Najib, yang sehingga tahun lepas merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB menafikan wujudnya salah laku malah namanya sudah dibersihkan peguam negara daripada terlibat dalam kerugian berbilion ringgit syarikat sarat hutang itu.

Manfaat cuba menjalinkan hubungan rapat dengan Najib tidak jelas, kata WSJ, sambil menegaskan sekali lagi yang Malaysia kini sangat rapat dengan Beijing.

Akhbar itu berkata Amerika boleh menggunakan alasan yang berlapik untuk membatalkan lawatan itu dengan menggunakan alasan bencana Taufan Harvey dan Irma atau perbahasan di Kongres.

Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Trump di White House pada 12 September ini. – Read more TMI

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir bersih dari skandal Forex BNM dengan kenyataan Nor Yakcop

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share