Seramai 414 orang jemaah haji negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL menerusi penerbangan Flynas XY9033 dari Jeddah pada 5.05 pagi tadi. – Foto BHOnline TV , 7 September, 2017.

KUMPULAN pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1437H/2017M seramai 414 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Ketibaan mereka menerusi penerbangan Flynas XY9033 dari Jeddah pada 5.05 pagi itu disambut Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Badlisyah Abdul Ghani serta beberapa pegawai kanan TH.

Bercakap kepada pemberita, Badlisyah berkata urusan jemaah haji musim ini berjalan lancar kecuali empat daripada 30,200 jemaah tidak berjaya menyempurnakan Rukun Islam Kelima itu kerana koma.

Beliau berkata empat jemaah itu akan diberikan keutamaan oleh TH untuk sekali lagi menunaikan ibadah haji tahun depan jika kesihatan mereka mengizinkan.

Bagaimanapun, seramai 37 jemaah haji meninggal dunia tahun ini dengan 16 daripadanya sempat menyelesaikan keseluruhan ibadat haji, katanya.

Beliau berkata urusan membawa pulang jemaah haji dari Jeddah dan Madinah akan membabitkan 119 penerbangan dengan penerbangan terakhir dijadual pada 5 Oktober ini.

Dalam pada itu, seorang jemaah Noriah Ibrahim, 54, berkongsi kegembiraan dapat melaksanakan semua amalan haji tanpa bantuan orang lain walaupun berdepan masalah sakit lutut selain keadaan fizikalnya yang kecil berbanding orang lain.

Dengan ketinggian 121.6 sentimeter, guru agama di sebuah sekolah di Labis, Johor itu berkata beliau hanya mampu berdoa kesakitan di lutut kanan yang dialami sejak di tanah air itu mampu ditahan sepanjang berada di Tanah Suci bagi membolehkannya melaksanakan semua amalan tanpa bantuan seperti yang diniatkan dari awal.

“Sebenarnya saya mendaftar untuk pergi bersama abang…ini untuk bolehkan dia jaga saya tetapi kesudahannya saya seorang sahaja yang berjaya dan ia nyata menyedihkan.

“Namun, selepas itu saya mula terima ia sebagai dugaan dan menyerahkan segalanya kepada Allah agar mempermudahkan segala urusan dalam menyelesaikan ibadah haji tanpa perlu bergantung kepada bantuan orang lain,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata apa yang lebih menggembirakannya ialah sakit lututnya seakan reda hingga menbolehkan beliau melaksanakan amalan yang memerlukan kekuatan fizikal dan tenaga seperti untuk melontar dan melakukan tawaf.

Seorang lagi jemaah, Muhammad Idris Hasim, 26, berkata inisiatif ibunya membuka akaun Tabung Haji ketika usianya 16 tahun nyata membawa tuah apabila dipilih menjadi tetamu Allah bagi musim haji kali ini.

“Berkat kesabaran menyimpan secara berdisiplin kini nyata berbaloi sekali gus memenuhi impian saya untuk menunaikan ibadah haji dalam usia muda,” katanya.– Bernama

KLIK BACA: Dr Mahathir bersih dari skandal Forex BNM dengan kenyataan Nor Yakcop

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

DIKEMASKINI: Najib, Rosmah mohon ketepi saman – Santamil dakwa dipaksa baca kenyataan media

KLIK BACAFBI says 1MDB stolen funds witnesses scared to talk, fear of lifes – BLOOMBERG

KLIK BACATrump jumpa Najib, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir

KLIK BACA: Saksi bimbang keselamatan jika bantu siasatan jenayah 1MDB – FBI

KLIK BACA: Datuk Siti calon PRU BERSATU berdepan Najib di Pekan?

Tolong Komen & Share