Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan di persidangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR 7 Sept, 2017 – Status laporan telah diaudit yang dibentangkan Anwar Ibrahim di Parlimen pada April 1994 mencetuskan pertikaman lidah antara Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Mohd Sidek Hassan dengan bekas menteri kewangan itu lapor The Malaysian Insight.

Dalam sesi soal jawab selama tiga jam itu, Sidek mempersoalkan jika para menteri menyedari kerugian sebenar.

“Dr Mahathir tidak beri arahan (mengenai dagangan forex),” kata Anwar. Beliau telah mengarahkan bekas timbalan ketua setiausaha (II) kementerian kewangan, Clifford Francis Herbert menyediakan laporan.

“Kami berjumpa Dr Mahathir. Beliau tidak pernah beri apa-apa arahan untuk teruskan urusniaga forex atau pun tidak. Beliau hanya mendengar.”

Sidek bertanya jika Kabinet dimaklumkan mengenai kerugian sebenar, dan Anwar menjawab, “Kabinet dimaklumkan mengenai laporan yang diaudit BNM.”

“Walaupun mereka tahu, apa yang Kabinet bimbangkan mereka tidak dimaklumkan tentang kerugian sebenar,” kata Sidek. Beliau bertanya jika seluruh penyata kewangan dikemukakan kepada Kabinet.

“Saya pasti anda lebih bijak dari itu, Datuk Seri,” soal Sidek.

Sidek juga berkeras yang Kabinet hanya mengetahui kerugian RM5.7 bilion yang diistilahkan sebagai perbelanjaan tertunda.

Tetapi tegas Anwar, semasa mesyuarat Kabinet pada awal 1994, beliau memaklumkan Kabinet terdapat exposed position berjumlah RM9.3 bilion.

Sidek berhujah yang Anwar bercakap tentang ‘angka’.

“Anda menguruskan ekonomi dan apa yang anda sedang perkatakan sekarang ialah tentang pemulihan akaun. Anda tahu mengenainya (kerugian)! Tapi anda pilih untuk tidak memaklumkan Kabinet,” kata Sidek.

Anwar tetap mengatakan laporannya kepada Parlimen, di mana RM5.7 bilion ada disebut adalah berdasarkan kepada laporan akhir yang diaudit. Anwar juga berkata beliau tidak menyembunyikan sebarang kerugian.

Kemudian, peguam Anwar, Gurdial Singh memberitahu pemberita bahawa Anwar “menunjukkan keuntungan dan kerugian berdasarkan apa yang dizahirkan dalam laporan rasmi.”

Dr Mahathir yang turut hadir dalam prosiding hari ini kemudiannya memberitahu pemberita bahawa Anwar tidak salah apabila tetap dengan RM5.7 bilion dalam laporannya sebagai menteri kewangan kepada Parlimen.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu berkata, Anwar tidak boleh menokok angka melebihi apa yang diberikan kepadanya oleh juruaudit kerajaan dan BNM.

“Beliau tegas mengatakan penyata yang dikemukakan kepada Kabinet menunjukkan kerugian adalah RM5.7 bilion.

“Anwar berkata yang selebihnya tidak dimasukkan ke dalam laporan BNM dan laporan itu diaudit.

“Dia menegaskan yang itu angka yang boleh beliau laporkan. Tiada syak yang wang dicuri. Laporan itu dibuat berdasarkan apa yang telah disahkan audit. Itu saja.” katanya lapor The Malaysian Insight.

Pendengaran RCI akan berakhir pada 20 September. Panel yang diketuai Pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan akan membentangkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober.

Nota Ana Ghoib: Rata-rata komen di media sosial kini beralih kepada desakan menubuhkan RCI 1MDB yang pastinya lebih banyak pertikaman lidah salah menyalah dengan munculnya Jho Low sebagai saksi pertama atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Dr Mahathir bersih dari skandal Forex BNM dengan kenyataan Nor Yakcop

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

DIKEMASKINI: Najib, Rosmah mohon ketepi saman – Santamil dakwa dipaksa baca kenyataan media

KLIK BACATrump jumpa Najib, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir

KLIK BACA: Saksi bimbang keselamatan jika bantu siasatan jenayah 1MDB – FBI

KLIK BACA: Datuk Siti calon PRU BERSATU berdepan Najib di Pekan?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE