Warga China dijangka bakal mengetuai Proton selepas syarikat pengeluar kereta terbesar di China, Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd (Geely) pada Mei lalu membeli 49.9 peratus saham pengeluar kereta nasional Malaysia itu.

Tokoh automotif China, Li Chunrong secara rasmi telah menyertai kumpulan pengurusan kanan Geely serta menduduki jawatan Ketua Eksekutif Proton, lapor BHOnline hari ini memetik berita portal China, Automotif Review.

Li ChunrongChunrong sebelum ini menyertai Dongfeng Automobile pada 1987 dan dilantik sebagai Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekusif Dongfeng-Honda Engine Co Ltd pada Julai lalu.

Kerajaan sebelum ini mendakwa tidak campur tangan dalam soal pelantikan individu untuk menerajui Proton seperti diakui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada awal Ogos lalu.

Menurutnya, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) kekal berstatus syarikat Malaysia walaupun melantik warga asing untuk memimpin syarikat tersebut.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilapor Utusan Malaysia pada Mei lalu bahawa kerajaan tidak mempunyai kepentingan dalam perjanjian dengan Geely kerana melibatkan urus niaga antara syarikat swasta.

KLIK BACA: Idea terbaik Bajet 2018 untuk PM Najib Razak

KLIK BACA: Tiada perkara belum selesai saya perlu langsaikan, kata Khalid Abu Bakar

KLIK BACA: Pergi Gaza, Amerika, Najib guna taktik lama menjelang PRU – Rais Hussin

KLIK BACA: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: DAP gesa Ketua Polis Negara baru Fuzi Harun selesai isu MO1

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid