Datuk Seri Hasan Malek berucap dalam satu program di Parlimen Kuala Pilah — Gambar Facebook Dato Hasan bin Malek

SHAH ALAM, 2 Sept — Perkembangan mengenai ahli parlimen Kuala Pilah yang bakal membintangi filem This Is Pilah mendapat tumpuan pengguna media sosial.

Ramai tidak sabar menyaksikan lakonan Datuk Seri Hasan Malek, bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, sebagai pelakon jemputan dalam filem terbitan Madness Film Sdn Bhd, lapor Sinar Online.

“Tak sabar den nak nunggu filem ini,” kata Nur Hanis Zakiah.

Sebahagian turut mengusik supaya menteri lain turut membintangi filem menelan kos RM1 juta itu, selain percaya penampilan Hasan bakal memberi “hiburan”.

“Menteri-menteri Kabinet yang lain pun sesuai untuk berlakon,” kata Sueanne Hussain.

“Belum buka mulut mesti dah ramai yang gelak,” kata Mohd Bukhari Hanafi Mohd Noor.

Filem komedi romantik berlatar belakang Adat Perpatih berkisar hasrat seorang pemuda yang mahu mengahwini gadis idamannya tetapi terhalang kerana berlainan suku.

KLIK BACAMerdeka istimewa sebab saya pernah hidup dijajah pihak asing – Tun Mahathir

KLIK BACAApakah Najib kita melutut kepada Amerika?

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?