Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas berdoa ketika menunaikan haji agar syarikat akhbar itu pulih daripada masalah kewangan ekoran kerugian  dialami kebelakangan ini.

“Kalau CEO Utusan (pengarah urusan) mahu Utusan tidak rugi seperti macam sekarang, tak payah cari orang tapi doalah pada waktu (melakukan ibadah) wukuf,” kata beliau pada majlis mengucapkan “selamat jalan” kepada jemaah Haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Noordin merupakan antara 483 jemaah haji yang berlepas ke Mekah hari ini. Turut bersama dalam rombongan itu ialah 4 anggota Kabinet dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah.

Ketika ditemui FMT di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Noordin mengakui Utusan kini sedang mengalami kerugian dan sedang berusaha untuk menaikkan semula edaran Utusan, sekali gus memulihkan kedudukan kewangan syarikat tersebut.

Noordin memberitahu beliau tidak terasa dengan nasihat naib presiden Umno itu dan memahami maksud yang ingin disampaikannya berikutan semangat kawan baik antara mereka berdua.

“Zahid memang sedar industri surat khabar memang sedang hadapi cubaan dan dugaan. Mohon doa agar keluar daripada kemelut kerugian setelah dapat berjaya mengharungi meluaskan dalam bidang-bidang lain,” katanya.

Laporan media tahun lalu antara menyebut, Kumpulan Uusan buat pertama kali dalam sejarah – sebuah akhbar aliran utama di Malaysia – sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Masalah kewangan syarikat yang dikaitkan dengan pemilikan Umno itu heboh diperkatakan setelah gaji kakitangan bukan eksekutifnya dimaklumkan akan dibayar gaji lewat.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Zainuddin Maidin yang lebih dikeknali dengan panggilan Zam pernah mendedahkan syarikat itu sedang ‘sakit’ setelah mengumumkan akan lewat membayar gaji pada Julai tahun lalu. – FMT

Risalah Ana Ghoib: Datanglah dunia – Mati, kaulah penjaga hidupku, bukan pembunuh, bukan pencuri…

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah Saw bersabda: Kelak akan didatangkan seorang lelaki yang banyak makan dan minumnya lagi bertubuh besar [gemuk] lalu ditimbang [amalnya] dengan biji sawi tetapi lebih berat biji sawi. Abu Hurairah mengatakan, bahwa lalu Nabi Saw. membacakan firman-Nya: dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. (Al-Kahfi: 105) – [HR Ibnu Abu Hatim, Ibnu Jarir]

Firman Allah – Katakanlah, Apakah akan Kami beri tahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.- (Al-Kahfi – 103-105)

Firman Allah – Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya”. – (Az-Zumar 39:46)

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Kahfi

KLIK BACA: Umno bukan lagi satu-satunya pembela Melayu, Najib ‘ditampar’ MB Negeri Sembilan

KLIK BACA: Apakah Najib kita melutut kepada Amerika?

KLIK BACA: Najib kian panik takut pertukaran PM, Kerajaan

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Kebetulan Najib jumpa Trump menjelang PRU14, ini kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?

Click Read: DoJ 1MDB – We will not allow US to be a place where corrupt individuals can hide assets and lavishly spend money

CLICK READ: To stay in power, Najib is wooing PAS, mixing religion with politics