Pengakuan Najib sebagai Perdana Menteri tiada kuasa mengawal turun naik harga minyak mingguan bercanggah dengan penjelasan Rafizi bahawa harga minyak bukan seperti harga goreng pisang yang tidak dikawal kerajaan. – Foto FMT

PERDANA MENTERI TIADA KUASA, BERMAKNA TIDAK PERLU LAGI KITA KEKALKAN KUASANYA

oleh Shahbudin Husin

Semua orang ingin dan perlukan kuasa. Bagi mereka yang berjuang dalam politik khususnya, lebih-lebih lagi untuk jawatan Perdana Menteri, perkara utama yang diperlukan ialah kuasa.

Melalui kuasalah, rakyat dapat dibantu. Melalui kuasa juga, pembelaan dan perjuangan nasib rakyat dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Tanpa kuasa, perjuangan jadi tidak berguna.

Malangnya, kita punya Perdana Menteri yang terang-terang mengaku tiada kuasa, waima dalam menentukan harga minyak yang munasabah dan murah bagi rakyat.

“Harga minyak (berubah), saya tiada kuasa.

“Harga minyak naik, saya tiada kuasa, turun juga saya tiada kuasa,” kata Najib Razak.

Apa punya Perdana Menteri yang kita ada ini?

Kenapa menarik balik subsidi minyak dulu, beliau ada kuasa?

Mengapa melaksanakan GST, mengambil dana wang pencen RM4 bilion untuk 1MDB, memecat Peguam Negara dan melakukan banyak perkara lain lagi, Najib sebagai Perdana Menteri ada kuasa?

Hairan, bila tiba bab untuk meringankan beban rakyat, senang-senang Najib mengaku tiada kuasa.

Apa guna kita memiliki seorang Perdana Menteri yang mengaku tiada kuasa untuk membantu dan menolong rakyat?

Lihat perbezaan dengan Pakatan Harapan. Apa iltizam yang mereka bentangkan dalam tempoh 100 hari selepas berjaya mengambil alih Putrajaya nanti?

Antara tujuh iltizam yang yang dimuktamadkan, itu baru dalam tempoh 100 hari berkuasa, salah satunya ialah menstabilkan harga minyak pada kadar yang munasabah untuk keselesaan dan kepentingan rakyat jelata.

Ini barulah pemimpin yang ada kuasa. Dan inilah yang perlu kita pilih untuk kesejahteraan kita kerana mereka adalah pemimpin yang tahu menggunakan kuasa untuk membela rakyat.

Bagi Najib yang secara terbuka mengaku tiada kuasa, meskipun beliau seharusnya sedar bahawa menentukan harga minyak yang murah dan stabil adalah penting bagi rakyat, tidak perlulah kita bersusah payah lagi untuk mengekalkan kuasanya.

Buat apa kita memilih pemimpin yang tiada kuasa. Kita mahu pemimpin yang benar-benar ada kuasa.

Najib tiada kuasa. Dan pemimpin yang tiada kuasa, tidak berguna walau satu sen pun kepada kita dan juga sesiapa. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review.

KLIK BACA: Najib paling berkuasa tentukan harga minyak, henti cuci tangan, kata Rafizi

KLIK BACA: Kebetulan Najib jumpa Trump menjelang PRU14, ini kata Dr Mahathir

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salah sayang isteri, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Mulakan siasatan RCI Memali biar saya siar Amanat Haji Hadi – Tun Mahathir

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Apa guna 22 tahun tapi dibuang orang, Zahid sindir Tun Mahathir?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share