Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi ekonomi yang perlahan pada separuh kedua tahun ini. – Foto The Malay Mail

Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi ekonomi yang perlahan pada separuh kedua tahun ini, lapor The Star.

“Saya kira kita perlu mengurangkan jangkaan kita untuk separuh kedua tahun ini.

“Sekiranya kita lihat jangkaan penganalisis, mereka menjangkakan keluaran kasar dalam negara (GDP) pada lebih kurang 5% bagi 2017, yang mengikut definisinya bersamaan dengan separuh kedua yang perlahan,” katanya.

Beliau ditanya tentang pertumbuhan ekonomi negara ketika ditemui pada Siri Meja Bulat ASEAN mengenai peluang dan cabaran pasaran modal rantau ini.

The Star melaporkan, Nazir berkata Malaysia sudah mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dunia yang serentak.

Ekonomi melonjak kukuh 5.6% pada suku pertama berakhir 31 Mac, berbanding tempoh yang sama setahun lalu. Manakala bagi suku kedua, ekonomi tumbuh 5.8% melebihi anggaran konsensus 5.4%.

“Separuh pertama menunjukkan asas ekonomi masih kukuh,” kata Nazir.

Beliau menambah CIMB mengekalkan anggaran GDP pada 5.4% bagi 2017. – TMI

KLIK BACA: Mahathir pejuang seperti Tunku, lama diam Najib naik tocang

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

KLIK BACAMemali berpunca Hadi Awang jika RCI di adakan, kata bekas ketua polis negara

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACA: Najib janji bayar macam-macam sebab tahu akan kalah – Tun Mahathir

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

Tolong Komen & Share