Syarikat AF Jets Sdn Bhd (AF Jets)  sepatutnya menaja konsert 30 tahun Search tetapi sebaliknya menyaman kumpulan rock terkenal itu. – Foto BeautifulNara

Ketua pegawai eksekutif AF Jets, Amrul Nizar Anuar berkata , tindakan undang-undang kepada anggota kumpulan Search didorong rasa kecewa dan terkilan dengan sikap kumpulan terbabit bukan berorientasikan wang.

Justeru, walaupun mahkamah sudah memutuskan tiga daripada anggota kumpulan itu perlu membayar hampirRM500,000 kepada syarikatnya, Amrul Nizar berkata, dia tetap berdoa agar Search kekal berjaya.

“Kami mendoakan kejayaan Search, tidak kira walau apa dilakukan, termasuk penjualan album terbaru,” katanya lapor Malaysiakini.

Sebenarnya kata Amrul Nizar, jumlah tuntutan saman sepatutnya lebih tinggi daripada apa yang dituntut namun AF Jets masih mempunyai pertimbangan serta berhati perut.

“Kami menganggap duit adalah perkara kedua. Apa yang menjadi pertikaian utama ialah tindakan Search bercakap perkara bukan-bukan terhadap kami,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan tiga anggota Search, membayar pampasan kepada AF Jets selepas gagal mengemukakan pembelaan terhadap saman syarikat itu.

Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50 dan pemain bass Nasir Daud, 58, dikehendaki membayar ganti rugi khas bernilai RMRM494,079.71.

Tindakan penghakiman masih lagi diteruskan bagi seorang lagi anggota, vokalis Amy atau Suhaimi Abd Rahman, 59.

Amrul beranggapan AF Jets tidak perlu dipersalahkan dalam menangani kemelut berhubung Konsert 35 Tahun yang sepatutnya diadakan di Sepang pada 30 Ogos tahun lalu.

Katanya, pihaknya hanya cuba memberikan apa yang terbaik buat Yazid yang mempunyai masalah kesihatan.

“Niat kami adalah demi membantu Yazid, itu saja,” katanya seperti dilapor Malaysiakini yang merujuk kepada pemain dram kumpulan berkenaan yang kini mengalami masalah kesihatan.

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

KLIK BACAMemali berpunca Hadi Awang jika RCI di adakan, kata bekas ketua polis negara

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACA: Najib janji bayar macam-macam sebab tahu akan kalah – Tun Mahathir

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

Tolong Komen & Share