Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan membuat pengakuan itu menerusi akaun Instagram miliknya mengenai rancangan masakan di dalam penjara.

“Pagi ini saya menerima sebuah tawaran daripada pengarah eksekutif siaran Discovery Travel dan Living Channel untuk menjadi hos mereka sebagai tukang masak bagi rancangan memasak dan pengembaraan.

“Mereka mahu saya melawat empat penjara terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara selain menyelami kehidupan banduan di situ.

“Proposal itu benar-benar dilihat menarik, kelakar, pengalaman penuh keriangan dan pada masa sama menakutkan.

“Saya beritahu kepada penerbit BBC 2 Talkshow yang saya pernah bekerja bersama Misal Hussein dan berharap mereka menjaga keselamatan saya,” tulisnya.

Chef Wan berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran berkenaan kerana ia adalah pengalaman yang sukar dicari ganti dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan senang nak dapat tawaran dari Discovery Travel dan Living Channel. Saya dipilih berbanding jutaan cef yang lain.

“Malahan rancangan berkenaan akan disiarkan di seluruh dunia cuma resipi yang dimasak tidak boleh dimasukkan terung ataupun timun :P,” tulisnya lagi.

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

KLIK BACAMemali berpunca Hadi Awang jika RCI di adakan, kata bekas ketua polis negara

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACA: Najib janji bayar macam-macam sebab tahu akan kalah – Tun Mahathir

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE