Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kerajaan pada awalnya mempunyai cukup wang tetapi disalah guna. – Malaysia Dateline

oleh Arif Atan

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Umno-BN pada masa ini menabur pelbagai janji kepada rakyat kerana tidak perlu menunaikannya lantaran tahu akan kalah pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, duit dihulur kepada semua pihak termasuk warga Felda seperti pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk melupuskan hutang tanam semula kepada 94,956 peneroka yang kebun mereka diurus oleh Felda atau menghantar hasil kepada Felda.

“Hutang Felda dimansuhkan tidak payah bayar hutang sebanyak RM1.6 bilion. Duit kerajaan kononnya akan diguna untuk menghapuskan hutang peneroka Felda.

“Sebab apa janji? Sebab dia tahu dia kalah. Bila kalah tak payah tunai janji,” bidasnya ketika berucap sempena siri Jelajah Semarak anjuran Bersatu di Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

PPBM Penang

Najib yang juga Menteri Kewangan sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, pada 23 Julai lalu dilihat menabur ‘gula-gula’ pilihan raya apabila mengumumkan enam insentif kepada warga Felda termasuk melupuskan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, segenap lapisan rakyat terbeban akibat kejatuhan nilai mata wang negara termasuk kontraktor kecil dan pengusaha kedai makan.

“Semua rakyat menderita sekarang ini. Kontraktor kecil gulung tikar. Kedai makan kecil-kecilan terpaksa tutup kerana tiada pelanggan.

“Peluang pekerjaan sudah kekurangan bukan sahaja yang tiada kelulusa

Kerajaan bankrap

Beliau menyifatkan keadaan tenat kewangan negara pada masa ini berlaku kerana pentadbiran Malaysia sekarang sudah rosak akibat duit kerajaan dicuri.

“Perdana Menteri dituduh mencuri. Tiada negara di dunia ini dikenali seluruh dunia sebagai penyangak. Keluar laporan yang menyebut tentang Perdana Menteri Malaysia adalah kleptokrat iaitu pencuri.

“Sebab itu duit tidak cukup. Sebab itu anak-anak kita yang lulus tinggi dan tidak sudah tiada peluang pekerjaan,” tegas Pengerusi Bersatu itu.

Akibatnya, beliau yang menggelarkan ‘kerajaan bankrap’ ini mengenakan pelbagai jenis cukai bermula dengan cukai barang dan keperluan (GST) tidak terkecuali ke atas bayi.

“Dulu ‘sales tax’ sedikit saja. Kalau beli baru bayar tetapi cukai GST ini, anak yang baru lahir pun kena bayar cukai. Susu kena cukai.

“Ini zaman Najib, duit tiada. Dia kenakan cukai. Dia fikir macam mana lagi nak dapat duit kerajaan. Maka dia kenakan cukai ke atas bilik tidur.

“Siapa yang tidur di hotel kena cukai. Ini kali pertama kita ada cukai semacam itu tapi tidak cukup. Sekarang ini siapa naik kapal terbang kena bayar seringgit.

“Kerajaan bankrap ini duit seringgit dalam poket kita pun dia nak sapu. Inilah kerajaan Datuk Seri Najib. Kenapa dia tiada duit? Sebab duit kerajaan masuk poket dia,” tempelaknya.

Pada masa sama, jelasnya, semua rakyat ditekan dengan dikenakan cukai tambahan manakala hospital pula kehabisan ubat.

“LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sekarang ini memeriksa kononnya ramai orang tidak bayar cukai. Di hospital dulu dapat ubat percuma, sekarang kita diberitahu hospital kehabisan ubat.

“Kalau nak, kena beli ubat sendiri sebab kerajaan tidak ada duit sebab duit itu dicuri berbilion-berbilion ringgit,” dakwanya.

Sogokan

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kerajaan pada awalnya mempunyai cukup wang tetapi disalah guna termasuk dijadikan sogokan kepada rakyat untuk menagih sokongan kepada BN.

“Oleh sebab duit itu diseleweng masuk poket sendiri maka duit kerajaan sekarang berkurangan. Duit yang ada pula disogokkan.

“Di Alor Setar, ada satu tempat mempunyai penduduk lebih kurang 5,000 orang. Datanglah orang Umno kononnya nak buat perkiraan penduduk tetapi bila buka pintu dia hulur setiap orang RM100.

“Itulah cara nak beli sokongan. Duit itu datang dari mana? Datang dari cukai kerajaan. Sogokan itu diberi supaya menyokong BN pada pilihan raya akan datang,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Mahathir dalam mukadimah ucapannya berkata, jumlah peserta yang datang amat ramai dan tidak menguap seperti didakwa.

Beliau juga memberitahu kehadiran orang ramai dalam siri jelajah anjuran Bersatu itu amat luar biasa sama keadaannya seperti di tempat lain seperti di Kelantan yang dakwanya mencecah seramai 12,000 peserta.

“Mereka tidak diberi kerusi tetapi duduk di atas tanah. Mereka tidak balik selagi ucapan belum habis. Adanya orang ramai sampai tengah malam. Ini kerana negara ini tidak ditadbir dengan baik,” tambahnya lagi.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP serta pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan. – Source Malaysia Dateline

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACAMahathir dedah di Kedah orang ketuk pintu bagi duit

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: Isa Samad tak jangka ditahan SPRM, keyakinannya ‘takkan Najib nak tangkap saya?”

KLIK BACARekod menunjukkan Najib diktator kleptokrat, kata Mahathir

KLIK BACA: Isa Samad kambing hitam, kata Rafizi 

KLIK BACA: Nothing to Hide 4 – Sediakah Hadi Awang sepentas dengan Mahathir jawab soalan MEMALI?

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Siasatan jenayah FBI dan DOJ di Amerika bermula seiring doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia

Tolong Komen & Share