Tun Mahathir berkata demikian dalam ucapannya di Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di Kompleks Sukan MPSB di Kepala Batas, Pulau Pinang – Gambar TMI | Hasnoor Hussain

oleh Yasmin Ramlan, Looi Sue-Chern

KEPALA BATAS 19 Ogos, 2017 – Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata, BARISAN Nasional (BN) sanggup guna wang membeli sokongan orang ramai bagi meraih sokongan terhadap parti tersebut pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata, beliau mendapati di sebuah kampung di Alor Setar, Kedah penduduk disogokkan wang RM100 seorang di setiap rumah, baru-baru ini.

“Di Alor Setar ada satu kampung di bandar kecil yang mempunyai penduduk 5,000 orang..datanglah orang Umno ketuk pintu kononnya nak buat perkiraan jumlah penduduk tetapi bila buka pintu, dia hulur setiap seorang dapat RM100.

“(Jadi) 5,000 orang (penduduk) RM500,000. Itulah cara nak beli sokongan,” katanya ketika memberi ucapan di siri Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di Kompleks Sukan MPSB di Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

Sementara itu, Timbalan presiden parti itu Mukhriz Mahathir berkata Umno terpaksa mengadakan acara cabutan bertuah pada mesyuarat bahagian untuk menarik kedatangan ramai ahlinya.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata “dedak” cabutan bertuah dengan hadiah lumayan seperti kereta dan rumah membuatkan mereka tidak menghiraukan salah laku yang dilakukan oleh Najib Razak.

“Dulu kita kalau boleh dapat telefon kira hebatlah. Yang ini drone. Drone pun (dijadikan) cabutan bertuah.

“Di Alor Setar, cabutan bertuah mesyuarat Umno bahagian tak pernah-pernah berlaku jemput orang ramai sebab takut tak cukup korum kalau tak pergi. Bukan setakat gajet, motor pun ada sampai tujuh biji, kereta pun ada.

“Bukan setakat itu, rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) pun ada cabutan bertuah. Sampai macam tu sekali nak kena buat nak bagi orang mai (datang) dalam mesyuarat Umno bahagian,” katanya.

Katanya, perkara sama berlaku pada mesyuarat Umno bahagian di tempat lain termasuk Langkawi, iaitu kawasan yang dibangunkan oleh bapanya, daripada perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat pelancongan terkenal di dunia.

“Itu kerajaan Umno ketika ini. Kerana apa? Kerana nila setitik sudah rosakkan parti itu. Bila tak boleh nak cakap, orang pun dah dapat dedak (yang), maka dia (ahli) tak boleh bercakap dah. Sumbat dalam telinga dia tak boleh dengar dah.

“Akhirnya Umno terpaksa menerima pentadbiran yang kleptokrat,” katanya. – Source read more The Malaysian Insight.

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACA: Najib janji bayar macam-macam sebab tahu akan kalah – Tun Mahathir

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: Isa Samad tak jangka ditahan SPRM, keyakinannya ‘takkan Najib nak tangkap saya?”

KLIK BACARekod menunjukkan Najib diktator kleptokrat, kata Mahathir

KLIK BACA: Isa Samad kambing hitam, kata Rafizi 

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Siasatan jenayah FBI dan DOJ di Amerika bermula seiring doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia

Tolong Komen & Share