Najib memuji PAS kerana pendirian mereka berhubung skandal 1MDB menggunakan istilah-istilah arab yang memukau bangsa melayu. – Foto EPA 16 Ogos, 2017

oleh Shahbudin Husin

Sejak berkawan dengan Pas, salah satu perubahan paling ketara pada Najib Razak ialah beliau didapati gemar menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.

Mula-mula kita mungkin hanya selalu mendengar beliau mengucapkan perkataan “wassatiyah” saja, tetapi lama-kelamaan semakin banyak perkataan Arab yang dilafazkannya.

Untuk mengajak ahli parti setia kepada pemimpin, Najib kemudian beberapa kali menyebut perkataan “wala'” dalam ucapan atau tulisan di blog dan media sosial yang lain.

Sebelum ini, perkataan “wala'” adalah sinonim dengan Pas dan para pemimpinnya hampir tidak lekang daripada bibir menyebut perkataan tersebut setiap kali berdepan dengan isu perpecahan dalam parti itu.

Kini, selain “wassatiyah” dan “wala'”, Najib maju setapak lagi dengan sudah pandai menyebut “tabayyun” pula yang bermakna sikap ingin menyelidik atau mencari kepastian terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum menyatakan pendirian.

Yang menariknya, dalam menyebut perkataan “tabayyun” itu, Najib juga menujukannya kepada Pas yang dianggapnya memiliki sifat tersebut dalam isu 1MDB kerana sedia mengadakan pertemuan dengan Arul Kanda Kandasamy terlebih dahulu untuk mendapat maklumat sebenar mengenai syarikat pelaburan sarat hutang itu sebelum menyatakan pendirian berpuas hati terhadap pelan rasionalisasinya.

Dalam lawatannya di Kelantan semalam pula, berhubung bantuan kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, Najib berkata, beliau tidak memikirkan undi mengenainya, sebaliknya hanya mengharapkan pahala daripadanya.

Sekurang-kurangnya, walaupun tak dapat undi, saya akan dapat pahala di akhirat. Semoga dengan tindakan itu juga lebih memajukan lagi negara ini, tambah beliau.

Dengan tidak mengharap undi, tetapi hanya mengharap akhirat, sekali lagi apa yang dilakukan Najib ini juga mirip dengan tindakan Pas yang selalu menyebut, perhitungan perjuangan mereka ialah untuk menang di akhirat dan bukannya menang pilihanraya semata-mata.

Tetapi, kenapa Najib tiba-tiba saja lebih memikirkan pahala akhirat daripada undi?

Adakah ia petanda beliau sudah menjangka UMNO dan BN akan kalah pilihanraya? – ShahbudinHusin

Thoha Putrajaya – Haji Hadi dan Haji Najib

Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa dalam Al-Qur’an tiada suatu ayat pun yang sangat keras celaannya selain dari firman-Nya:  “Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan”. – (Al-Maaidah 5:63) – [HR Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas]

Risalah Ana Ghoib: Wala’ setia atas perkara hak betul benar adil jujur amanah akan dibalas pahala – manakala atas perkara makar, dosa, tipu, curi, seleweng, aniaya orang akan dibalas dosa termasuk kepada yang bersekongkol. [istilah Arab tidak membantu di sini!]

Tabayyun dalam konsep dan prisip Rasulullah SAW adalah menyiasat menyelesaikan masalah sehingga baginda sanggup berkorban harta dan nyawa baginda sendiri – bukan membiarkan tabayyun hanya TEMA lalu tergantung-gantung keadilan mencetus huru-hara seperti sekarang.

[*Kesuntukan masa sila pembaca rujuk kisah Tabayyun Rasulullah dalam kitab hadis dan tafsir Al Quran – jangan bergantung sangat kepada ayat skema ulama dan ahli politik berkepentingan jawatan dan kuasa].

Firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (bencana-kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. – (An-Nisaa’ 4:61-63)

Abu Daud meriwayatkannya dari Musaddad, dari Abul Ahwas, dari Abu Ishaq, dari Al-Munzir ibnu Jarir, dari Jarir yang mengatakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Tiada seorang pun dalam suatu kaum mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan mereka berkemampuan untuk mencegahnya, lalu mereka tidak mencegahnya, melainkan Allah akan menimpakan kepada mereka suatu siksaan sebelum mereka mati. – Ibnu Katsir

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh… Ingatlah ini satu amaran azab siksa yang bakal berlaku susulan perbuatan kalian…

KLIK BACA: Nothing to Hide 4 – Sediakah Hadi Awang sepentas dengan Mahathir jawab soalan MEMALI?

KLIK BACA: Terima balasan jika kamu bunuh polis, Mahathir jawab insiden Memali

KLIK BACA: Khairuddin fail saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian merah jambu

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Siasatan jenayah FBI dan DOJ di Amerika bermula seiring doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia

KLIK BACA: Penyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share