Tun Dr Mahathir Mohamad menyambung jawapannya berhubung soalan yang diajukan kepadanya mengenai peristiwa Memali dalam program Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu di Shah Alam. – Foto Unit Media PPBM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika terdapat mana-mana pihak yang membunuh anggota polis, pesalah harus menerima balasan kerana anggota keselamatan itu sudah pasti akan mempertahankan diri mereka.

“Saya ingin buat jawapan kepada soalan mereka, saya hanya dapat cakap separuh sahaja tentang standard operasi (SOP) polis.

“Kalau kamu datang dengan parang dan bunuh polis, jadi mereka mestilah sanggup terima balasan dari polis, polis tentu akan pertahan diri mereka.

“Malangnya mereka tak nak dengar jawapan saya dan mereka cetuskan rusuhan,” katanya dengan nada sedih.

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam Facebook Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) ketika mengulas kekecohan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 pada Ahad lalu di mana seorang peserta bertanyakan soalan mengenai Memali yang berlaku pada 1985 dan Dr Mahathir mempertahankan tindakan polis semasa tragedi itu.

Tragedi Memali di Baling, Kedah tercetus pada bulan November 1985 ketika Dr Mahathir adalah perdana menteri.

Semasa kejadian, polis mengepung penduduk kampung bersama kira-kira 400 pengikut seorang pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud.

Dalam pertempuran itu, 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya, juga terbunuh dalam serangan berkenaan.

PAS kemudian mengisytiharkan mereka yang terbunuh sebagai mati syahid kerana mempertahankan Islam manakala kerajaan mendakwa mereka membawa ajaran sesat.

KLIK BACA: Nothing to Hide 4 – Sediakah Hadi Awang sepentas dengan Mahathir jawab soalan MEMALI?

KLIK BACA: Khairuddin fail saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian merah jambu

KLIK BACA: SPRM serbu rumah Isa Samad di Selangor malam tadi

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Azmin fail saman tuntut mahkamah perintah paksa Khalid tangkap Jho Low

KLIK BACA: Penyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share