Siapakah bakal “panas punggung” dengan bermulanya siasatan jenayah berkaitan wang yang didakwa DoJ dicuri dari 1MDB, soal Shahbudin Husin. – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

Amerika Syarikat kini bergerak selangkah lagi, seiring dengan harapan serta doa jutaan rakyat Malaysia apabila dilaporkan akan memulakan siasatan jenayah berhubung wang 1MDB yang diselewengkan.

Untuk tujuan itu, DOJ telah memfaikan permohonan kepada Mahkamah Los Angeles untuk menangguhkan buat sementara saman sivil untuk merampas pelbagai aset dan harta yang difailkan sebelum ini.

Alasan penangguhan saman sivil dan mendahulukan siasatan jenayah ialah kerana DOJ berpendapat meneruskannya mungkin akan menjejaskan kemampuannya dalam mengendalikan siasatan jenayah itu manakala pegawai FBI dilaporkan berkata ini bagi membendung kemusnahan bukti serta dikhuatiri subjek siasatan melarikan diri.

Bloomberg melaporkan, dokumen mahkamah yang difailkan DOJ jelas memperlihatkan AS sedang mempergiatkan siasatannya di seluruh dunia bagi mengesan wang 1MDB yang diselewengkan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion atau kira-kira RM19,000 juta.

Jika pada 29 Jun lalu Bloomberg melaporkan kedudukan ringgit Malaysia adalah paling kukuh di Asia dan ramai gembira serta terloncat-loncat kegirangan dengan laporan itu, maka tiada sebab mereka mesti menolak serta mempertikaikan laporannya berkaitan siasatan jenayah 1MDB ini

Jangan pula ada yang kata Bloomberg sebagai pembawa fitnah atau agen Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan melalui laporannya kali ini.

Daripada AS$4.5 bilion wang 1MDB yang didakwa diselewengkan itu, jumlah pelbagai aset dan hartanah yang sedang diusahakan untuk kembalikan kepada rakyat Malaysia oleh DOJ ialah berjumlah AS$1.7 bilion atau melebihi RM7,000 juta.

Siapakah yang bakal “panas punggung” dengan bermulanya siasatan jenayah berkaitan wang curi 1MDB oleh DOJ ini?

Selain Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan pemilik sebahagian aset-aset tersebut yang tentunya tambah “kepanasan”, pihak lain yang mungkin sudah mula “terasa bahang dan berpeluh dingin” ialah “seseorang” yang ada dalam rekod DOJ telah menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta melalui akaun bank peribadinya dan “seseorang yang lain” yang mendapat sejumlah hadiah barang kemas mewah bernilai kira-kira RM128 juta.

Siapakah mereka? Perlukan disebut nama mereka?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACA: Terima balasan jika kamu bunuh polis, Mahathir jawab insiden Memali

KLIK BACA: Khairuddin fail saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian merah jambu

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Isa Samad ditahan SPRM

KLIK BACA: Azmin fail saman tuntut mahkamah perintah paksa Khalid tangkap Jho Low

KLIK BACA: Penyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share