Rafidah Aziz dilihat merujuk insiden kekecohan forum “Nothing to Hide 2.0” apabila sekumpulan pengacau membaling kasut ke arah Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya kerusi dan suar kepada hadirin. – Foto Astro Awani

PUTRAJAYA 15 Ogos, 2017 – Bekas Menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, politik Malaysia sudah dipengaruhi budaya kurang ajar dengan pemimpinnya hilang adab dan sopan sehingga perangai buruk itu dicontohi oleh pengikut mereka.

“Orang yang lebih tua, pangkat bapa kepada kita, diperkotak-katik seperti budak-budak, tiada langsung adab dan sopan.

“Itukah contoh kepimpinan yang hendak ditunjukkan kepada anak-anak muda? Dalam bahasa kasar, budaya kurang ajar?” tanya bekas ketua Wanita Umno itu dalam satu tulisan di Facebook lapor portal The Malaysian Insight.

Rafidah berkata segelintir pihak sanggup bertindak keterlaluan dalam majlis kerana mendapat isyarat daripada tingkah laku pemimpin atasan yang sudah lupa kenapa mereka jadi pemimpin.

Katanya, pemimpin kini sudah tidak lagi ada rasa segan dan silu menunjukkan keangkuhan dan kuasa “dengan tutur bahasa kasar, melulu dan tidak beralas cakap”.

Mereka juga sudah tidak ada rasa rendah diri dan lupa tanggungjawab berat yang datang bersama jawatan yang dipikul apabila memegang jawatan tinggi, tambahnya.

Katanya, politik jalanan yang ganas, biadab dan tidak menghormati orang lain sudah sampai ke peringkat membimbangkan di negara ini, ditambah pula dengan kepimpinan yang tidak berhaluan, rakus kuasa dan tidak berintegriti.

Menyifatkan budaya politik gengster ini selalu berlaku di negara ketiga, Rafidah berkata: “Sekarang kita sudah mula melihat politik dunia ketiga itu menular di negara kita Malaysia, negara yang diharap meningkat ke status negara maju dalam tiga tahun lagi!”

“Nampaknya jauh pemanggang dari api.”

Rafidah aktif politik sejak awal 1970-an. Beliau dilantik sebagai senator di Dewan Negara pada 1974 dan kemudian menang kerusi Parlimen pertamanya dalam pilihan raya umum 1978. Beliau jadi ahli Parlimen Selayang antara 1978 hingga 1982 sebelum berpindah kerusi ke Kuala Kangsar dan jadi wakil rakyat kawasan itu sehingga 2013.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet termasuk yang terakhir sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri antara 1987 hingga 2008.

Dengan pengalaman yang luas itu, Rafidah membuat pemerhatian politik kini jadi laluan dan alasan serta dorongan mencaci dan memburukkan orang yang tidak sekawan.

“Hilang semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan dulu. Rupa-rupanya ia hanya 1Malaysia jika satu keturunan, satu kelompok, sama sebulu, sama sekroni, sama sekongkol, satu niat untuk sesuatu matlamat,” katanya.

Rafidah seterusnya memberi ingatan kepada pemimpin supaya membina negara atas landasan yang sudah dibangunkan oleh pemimpin terdahulu, dan bukannya menidak dan menghancurkan apa yang dibina oleh pemimpin sebelumnya.

“Pemimpin sekarang harus membina terus atas landasan yang sudah disediakan. Terus menambah baik, memperkukuh. Bukan menghancurkan apa yang ada,” katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, pemimpin Umno silih berganti menyerang Dr Mahathir yang pernah memimpin mereka dalam parti itu, dengan mengungkit dan mempersoalkan tindakan dan dasar beliau sepanjang tempoh 22 tahun jadi perdana menteri dan presiden Umno.

Dalam pada itu, Rafidah juga mengingatkan pemimpin supaya sayangkan negara dengan melakukan perkara yang betul dan berpegang pada sumpah jawatan masing-masing kerana “buruk padahnya jika sumpah itu dipersia-siakan”. – TMI | MRM

Satira Politik – Majalah Review Malaysia – MRM

Nota Ana Ghoib: Kesian budak-budak kos hidup tinggi barang mahal tambah cukai GST dan peluang kerja tiada lagi kos pendidikan mahal senang diperalat oleh ketua politik kampungan aniaya budak-budak yang tak tahu apa mudah terpengaruh! Terkutuklah di dunia dan akhirat.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib – Bencana Jiwa

KLIK BACA: Terima balasan jika kamu bunuh polis, Mahathir jawab insiden Memali

KLIK BACA: Khairuddin fail saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian merah jambu

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Azmin fail saman tuntut mahkamah perintah paksa Khalid tangkap Jho Low

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share