Najib Razak tidak hadir ke forum Nothing to Hide 2 mengguna istilah Tun Mahathir ‘ponteng’ sebelum ini pernah berikrar tidak takut kepada Tun Mahathir atau Rafiz Ramli ketika berucap di hadapan penyokongnya menggesa mereka berada dalam ‘attack mode’ pada April 14, 2017 – SuaraTV

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyeru hadirin menyerang pembangkang tidak hanya berani di dalam dewan namun ironinya pada 13 Ogos, 2017 di forum Nothing to Hide 2 beliau sendiri tidak muncul sekadar bertemu Tun Mahathir menjelaskan mengenai 1MDB dan tuduhan kekayaan anak masing-masing bersumber dari mana merujuk kejayaan perniagaan Mokhzani dan Riza Aziz pengusaha filem Hollywood yang menjadi terkenal dalam satu malam penuh ajaib lagi misteri.

Susunan:  Majalah Review Malaysia – MRM penjual peralatan dan perkakas politik terkemuka di Malaysia

oleh Dalia Ismail | 14 Ogos, 2017

Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam berjalan tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahupun ahli Umno.

Dalam ucapan pembukaan, Tun Mahathir berpandangan ketidakhadiran Najib itu menunjukkan banyak yang disembunyikan oleh presiden Umno itu.

“Dalam Nothing to Hide 2.0 ini nampak jelas ketidakhadiran Najib jelas ‘he has a lot to hide’.

“Rakyat jangan bagi peluang dan jangan takut. Saya berpendapat Najib akan cuba rasuah bagi duit untuk undi dan akan membuat janji palsu bagi partinya sepertimana dia buat dahulu,” ujarnya.

Beliau menegaskan program ini diadakan untuk mendapatkan kepastian berkaitan dengan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan mengaitkan nama Najib sebagai kleptokrasi global.

“Saya kata ini (pentas) supaya dia boleh jawab jika tak berani datang sini, tempat lain pun boleh jawab.

“Saya jawab di sini DoJ yang kata negara kita negara penyangak MO1 dituduh curi duit tetapi mereka pula sokong.

“PM datanglah sini….jika betul kita puji tang mana tak patut, kita tegurlah,” ujarnya.

Bahkan Mahathir turut menegaskan semula bahawa ahli Umno perlu mengadakan undi tidak percaya kepada presiden Umno itu dan turut mengulangi gesananya agar Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah berkaitan 1MDB. – Source Malaysia Dateline

Satira Politik – Majalah Review Malaysia – MRM

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib – Bencana Jiwa

KLIK BACAPenyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK BACA: Pemuda Umno takut jemput Mahathir ke Nothing to Hide 0.3

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

KLIK BACA: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: Dr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share