KUALA LUMPUR 13 Ogos, 2017 – Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan pembangkang yang mendakwa beliau meminta kerajaan khususnya suami beliau Datuk Seri Najib Razak menambah bajet untuk program PERMATA Negara yang dinaunginya.

Jelas Rosmah, beliau tidak pernah mendesak kerajaan menambah peruntukan kepada PERMATA sebaliknya hanya menyampaikan hasrat rakyat supaya dananya ditambah bagi tujuan pembangunan dengan lebih luas.

“Jangan jadi macam pembangkang, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) kata saya minta duit pula.

“Saya tidak akan minta duit. Kalau kita nak buat apa-apa, kita kena ada duit. Kalau tidak ada duit macam mana, sebagai contoh kalau nak beli tepung nak buat kuih pun kena ada duit,” katanya semasa Program Hari Belia Perkasa PERMATA di Kompleks Komuniti Muhibbah Kuala Lumpur menurut laporan FMT.

Rosmah sebelum ini berkata beliau berhasrat melihat lebih banyak pusat PERMATA di seluruh negara dan lebih banyak program diadakan.

Bagaimanapun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana kekurangan bajet.

Mengulas lanjut, Rosmah berkata sepanjang menaungi PERMATA, segala dana yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah 100 peratus diuruskan oleh sekretariat badan itu dan beliau tidak pernah memegang wang yang diberikan kerajaan.

“Duit (PERMATA) ini saya tak pegang, satu sen pun tidak jaga, duit pun saya tak nampak. Dia punya segala perancangan dan pengurusan wang dibuat sekretariat,” katanya.

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir


Tolong Komen & Share