KUALA LUMPUR 13 Ogos, 2017: Kunjungan pimpinan PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam tadi hanyalah satu ziarah, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden Dr Shaharuddin Badaruddin menziarahi Abdul Hadi ekoran pembedahan menggantikan injap jantung yang dilakukan pada Mei lalu.

“Di peringkat awal, memang kita dinasihatkan untuk tidak menganggu ustaz Hadi kerana beliau perlukan rehat.

“Setelah dua bulan, saya dan YB Dr Wan Azizah berasa kita perlu menziarahi ustaz Hadi serta mendoakan bahawa beliau cepat sembuh.

“Alhamdulilah daripada perbincangan yang berjalan malam tadi, nampaknya ustaz Hadi sudah semakin pulih dan bertambah sihat, tetapi doktor menasihatkan beliau terus berehat untuk satu tempoh sebelum dapat menjalankan aktiviti biasa,” katanya.

Pembedahan yang dilakukan Abdul Hadi, 69, dibuat ekoran beliau mempunyai “tanda-tanda injap jantung yang bocor”.

Dalam situasai berasingan, pembantu isteri perdana menteri Datuk Seri Rizal Mansor berkata, tindakan PKR menziarahi presiden PAS berkenaan dilihat seolah-olah menunjukkan PKR tidak yakin dengan parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam tulisan di Facebooknya, Rizal Mansor menulis:  “Ia cukup untuk menunjukkan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa PKR masih mengharapkan PAS untuk menghadapi PRU akan datang.

….Dalam erti kata lain PKR tidak meyakini AMANAH dan BERSATU.

“….AMANAH berhak merasa kecil hati dengan tindakan PKR yang bermain di belakang mereka. Dalam masa yang sama, PAS juga berhak merasa bangga kerana bekas pasangannya terus gila talak,” tulis Rizal yang bukannya ahli politik cuma sekadar bertaraf pembantu.

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir


Tolong Komen & Share