Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri di lokasi kejadian di tempat pelupusan sampah Batu 22 setelah maut di sambar petir. – Foto Sinar Harian

HULU TERENGGANU 13 Ogos, 2017 – Seorang lelaki yang mencari rezeki sebagai pengumpul barang terpakai maut disambar petir di tempat pembuangan sampah di Batu 22 (Jalan Ajil – Kuala Berang), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Mat Junoh Mamat,51, daripada Batu 21, Kg Merbau Pulas, Ajil ditemui telah meninggal dunia oleh anaknya sendiri yang keluar mencari mangsa setelah bapanya tidak pulang ke rumah sebagaimana waktu sepatutnya.

“Lebih kurang 7.25 petang(11Ogos11), pihak polis telah terima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terjumpa mayat seorang lelaki di tempat pembuangan sampah di Batu 22.Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan melecur pada kulit di bahagian leher, tangan dan perut mangsa.

“Sementara itu, berdasarkan keterangan keluarga Mat Junoh, mangsa dikatakan keluar bekerja pada jam 8 pagi semalam (kelmarin) dan kebiasaannya akan pulang ke rumah sekitar jam 5 petang. Namun, pada hari kejadian mangsa tidak pulang-pulang ke rumah meskipun sudah senja.

“Anak mangsa, Sabri Mat Junoh telah keluar mencari di kawasan pelupusan sampah berkenaan sebelum menemui ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan terlentang berdekatan dengan sebuah pondok di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan hasil bedah siasat dijalankan jam 10 pagi tadi(semalam) disahkan sebab kematian adalah disambar petir.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan turut peka pada keadaan cuaca bagi elakkan sebarang perkara tidak diingini,” katanya.

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir


Tolong Komen & Share