Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan masih sesak ekoran kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid kimia dan sebuah kenderaan di KM 256 berhampiran tol Senawang.

Pemandu lori tangki bawa muatan asid maut selepas kenderaannya terbalik ketika mengelak kereta di KM251.6 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat Plaza Tol Senawang, awal hari ini.

Surazru Mohamed Sakeri, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala muatan 25,000 liter asid yang dibawanya turut tumpah di tempat kemalangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dari arah Seremban ke Johor dipercayai hilang kawalan dan terbabas, pada kira-kira 3 pagi.

Keadaan itu menyebabkan menyebabkan lori tangki yang berada di belakang kereta itu mengelak tetapi terbalik.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.22 pagi.

Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) terbabit dalam operasi itu.

“Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan segera mengeluarkan pemandu lori tangki yang tersepit. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Dua wanita berusia 30-an iaitu pemandu dan penumpang kereta cedera.

“Mreka mengadu pening. Mungkin terhidu asid. Mereka kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Difahamkan, kerja pembersihan tumpahan asid masih dijalankan di lokasi kejadian oleh pasukan HAZMAT. – Harian Metro

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share