Forum Nothing To Hide 2.0 yang akan diadakan pada Ogos, 2017 [Ahad] akan menjadi saksi sama ada Datuk Seri Najib Razak berani untuk berdepan bekas bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pakatan pembangkang. [PAKATAN HARAPAN].

Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini gagal menghadiri acara yang sama pada 2015 selepas dinasihati pihak polis yang kononnya bimbang akan keselamatan pemimpin itu, walaupun Presiden UMNO itu pada awalnya telah menyatakan kesungguhan untuk menyertainya.

Forum yang dianjurkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ARMADA itu akan berlangsung selama tiga jam bermula tiga petang pada Ahad ini (13 Ogos 2017) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor dekat Shah Alam.

Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat Najib pada 19 Julai lepas namun sehingga kini tidak dibalas. Pihak penganjur bagaimanapun optimis bahawa pemimpin UMNO itu akan membuat penampilan mengejut di acara berkenaan.

Portal Roketini melaporkan dijangka hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di samping pimpinan HARAPAN yang lain.

“Kami masih beranggapan Najib akan hadir pada program tersebut kerana beliau ternyata berdiam diri dan mengelak untuk memaklumkan mengenai kehadiran beliau, malah kepada pihak media hingga ke saat ini,” kata Ahli exco ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim.

“Pun begitu, Pemuda PPBM berpendapat sekiranya Najib tidak hadir atau menolak untuk hadir, ini bererti Najib tidak berani untuk menyatakan kebenaran, malah mempunyai ‘sesuatu’ untuk disembunyikan,” katanya seperti dilapor media.

“Malaysia Official 1” atau “MO1” dinamakan di dalam dokumen saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas aset yang dipercayai dibeli daripada wang yang disyaki diselewengkan dari 1MDB.

Sebahagian wang tersebut yang berjumlah AS$681 dipercayai dipindahkan ke akaun peribadi milik “MO1”.

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACA: 1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK VIDEO: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir


Tolong Komen & Share