Anggota Parlimen Kuala Terengganu mempersoalkan mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyiasat anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terkenal di luar negara, serta menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Riza Aziz boleh dianggap begitu muda untuk memiliki kekayaan seperti yang dimilikinya ketika ini berbanding ahli perniagaan lain yang lebih veteran.

Katanya, begitu juga dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terlepas daripada siasatan LHDN ketika agensi berkenaan menyerbu syarikat milik anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mengulas tindakan LHDN menyiasat sebuah syarikat Datuk Mokhzani Mahathir.

Kata Raja Bahrin selain LHDN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tentu mengetahui segala kerja harian keluarga Najib dan Abdullah, termasuk nilai harta yang dimiliki mereka berbanding Mahathir yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan LHDN itu kerana dilakukan setelah Ahmad Zahid dan menteri lain membuat gesaan mengenainya.

Beliau turut menyifatkan LHDN dan SPRM seperti gagal melihat “gajah besar” di depan mata ketika badan antarabangsa termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melihat kesalahan tersebut.

KLIK BACA: 1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK VIDEO: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir


Tolong Komen & Share