Kuala Lumpur, 11 Ogos– Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan serbuan ke atas syarikat anaknya namun tindakan sama patut juga dibuat ke atas perdana menteri dan keluarganya.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan untuk memeriksa akaun mereka,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Pakatan Harapan di Parlimen hari ini.

Beliau juga turut mencadangkan agar beberapa menteri disiasat dan perlu kaji gaya hidup mereka.

“Sebahagian daripada menteri seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu juga disiasat sumber kekayaan mereka.

“Saya cadangkan SPRM siasat juga gaya hidup adik beradik mereka. Dan mereka boleh periksa semua akaun saya termasuk SPRM dan LHDN,” katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu sudah penyalahguna kuasa.

“Mereka adalah kerajaan mereka ada kuasa untuk salah guna,” katanya.

Terdahulu firma-firma yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak lelaki Mahathir dilaporkan menjadi menjadi tumpuan siasatan oleh LHDN pada selasa lalu.

Sementara itu anak kelima Mahathir, Datuk Seri Mukhriz pula menyifatkan serbuan itu lebih kepada bermotifkan politik.

“Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

“Cadangan ini mungkin berlaku sejak seminggu lalu, dan ia mungkin akan diteruskan,” katanya.

Katanya, beliau sedia beri kerjasama sepenuhnya dengan LHDN, kerana mereka telah menjalankan tugas secara profesional.

“Saya rasa mereka telah lakukan kerja secara profesional, mereka lakukan kerana arahan (pihak atasan LHDN) yang berbaur politik,” katanya.

Mukhriz juga turut menyatakan kesediaan untuk menyerahkan dokumen berkaitan cukai terhadap pihak terbabit bagi membantu siasatan. – Sinar Harian

KLIK BACA: 1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK VIDEO: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir



Tolong Komen & Share